Friday, May 18, 2007

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berjaya dilangsungkan pada 16 Mei 2007 Hari Rabu lalu, Majlis dirasmikan oleh YPD PIBG. Kemeriahan majlis diserikan dengan pelbagai acara bermula jam 8 pagi. Perarakan para guru masuk dewan diiringi paluan kompang dan disambut dengan pencak silat budaya melayu. Selepas mendengar ucapan-ucapan perasmian, wakil pelajar dan teks perutusan Menteri dan Pengarah, para guru membaca IKRAR GURU dan nyanyian lagi GURU MALAYSIA. Majlis berhenti rehat dan sambung jam 10 dengan acara berasingan untuk guru lelaki dan wanita. Guru lelaki terlibat dalam acara sukaneka yang dikendalikan oleh PERTINAM sementara guru wanita berkumpul di dewan untuk acara jalinan kasih guru dan pelajar. Bermula jam 11 pagi acara persembahan di dewan dimeriahkan dengan persembahan BORIA GURU yang mendapat sambutan hangat para pelajar. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar bagi menghiburkan para guru. Acara berakhir dengan majlis jamuan yang turut disertai AJK PIBG. Pihak sekolah berterima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan komitmen bagi menjayakan Sambutan Hari Guru 2007. 'GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG. TERIMA KASIH CIKGU."

1 comment:

Wahi - PKG Kalumpang said...

Tahniah kepada tuan dan semua guru di SMK KKB ...
SELAMAT HARI GURU

Drpd : ABD. WAHI