Friday, April 27, 2007

Penilaian dan pemantauan Makmal Komputer sekolah rendah daerah Hulu Selangor telah berjaya dilakukan oleh saya bersama Penyelaras PKG Kalumpang, Sdr Wahi pada 23 & 24 April 2007. Kami bermula dengan SK Seri Fajar. Tak sangka pula untuk sampai ke sana begitu mudah dan cepat melalui tol Bk Sagar. Perjalanan mengambil masa skit lebih 1 jam....jauh lebih baik drp melalui jalan biasa. Dari situ kami bertolak ke SK Sg Tengi...tak jauh juga..blum sempat habis cerita dah sampai. Kemudian kami ke SK Kg Soeharto. Sebab dah kenyang makan di SK Sg Tengi, tak la kami makan lagi di SK Kg Soeharto walaupun berkali-kali dipelawa Guru Besarnya. Hampir tengahari kami bergerak ke SK Kledang. Nasib kami baik kerana jalan ke sana agak baik.....tidak hujan. Dengar ceritanya seblum ni jalan situ teruk berlubang-lubang sampai ada kereta tersangkut. Tapi tak kisah la tu....akhirnya misi kami telah selesai. Kami boleh la lama skit kat situ sebab tugasan hari tu dah selesai. Esoknya 240407 kami ke SK Kalumpang, SK Hulu Bernam, SK Sg Selisik dan SK Gedangsa. Ceritanya akan bersambung.....

1 comment:

KUTV PPDHS said...

Tahniah kepada Tn Syed Hassan kerana dah dapat wujudnya blog ini.

Semoga makin banyak lagi blog lain akan muncul. Saya akan sambung pada blog KUTV untuk memudahkan sesiapa sahaja melayari dan berkongsi maklumat dengan blog ini.

Tahniah.
KUTVPPDHS