Saturday, August 16, 2008

SEMINAR SEJARAH STPM



Satu sessi seminar mata pelajaran Sejarah bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki STPM telah dijalankan pada 13 Ogos 2008. Seminar ini merupakan program kerjasama pintar anjuran SM3KB dengan PPD HS. Turut dijemput calon-calon STPM dalam daerah Hulu Selangor. Seminar dikendalikan fasilitator undangan khas dari Klang dan Sabak Bernam.

Wednesday, August 13, 2008

Operasi Bersepadu



Satu program khas Operasi Bersepadu antara PPD HS dengan jabatan-jabatan kerajaan telah diadakan di semua sekolah di KKB. Tindak ketinggalan rombongan terdiri daripada wakil-wakil PPD bersama PDRM, Pusat Kesihatan, Pasukan Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dan Penguatkuasa MDHS telah sampai ke SM3KB kira-kira jam 9.30 pagi. Selepas sedikit taklimat, mereka terus membuat beberapa pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar putera dan puteri SM3KB bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan disiplin terkawal. Operasi dibantu oleh guru disiplin dan beberapa orang Majlis Kepimpinan Pelajar (MPP). Tujuan operasi adalah untuk mendidik para pelajar tentang kebersihan dan disiplin diri. Antara pemeriksaan dibuat adalah rambut,kuku, barang-barang larangan dibawa oleh pelajar seperti alat tajam, rokok dan telefon bimbit. Terdahulu daripada ini pihak polis trafik telah menjalankan operasi pemeriksaan lesen memandu pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah.
Dalam ucapan aluan Pengetua Kanan Tn Hj Manap Jarkasi mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat atas operasi ini dan berharap aktiviti seperti ini wajar dilakukan dengan lebih kerap. Sementara itu PK HEM, En Abu Mansor Sathri memaklumkan SM3KB harus merasa bangga kerana tidak banyak masalah pelanggaran disiplin oleh para pelajar yang dapat dikesan dalam operasi ini. Rombongan meninggalkan kawasan sekolah kira-kira jam 10.45 pagi dengan rasa puas hati atas pengawalan disiplin pelajar SM3KB HEBAT!

Sunday, August 10, 2008

MMA PIBG 2008

Majlis Makan Malam Amal 2008 anjuran PIBG SM3KB berlangsung dengan meriah dan ceria di Dewan Serbaguna KKB pada 09 Ogos 2008. Majlis bertemakan HULURAN BUDI SEMAIAN BAKTI bermula tepat jam 8.45 malam sebaik sahaja perasmi majlis malam itu Dato Abdul Jabar bin Che Nai,TKSU Kementerian Pembangunan Bandar & Wilayah masuk ke dewan. Untuk berita lanjut dan gambar-gambar malam peristiwa bersejarah itu, sila layari http://www.pibgsm3kb.blogspot.com/ atau klik pada PAUTAN PIBG SMKKKB di ruangan sebelah.

KARNIVAL SIVIK 2008




Karnival Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan peringkat daerah Hulu Selangor buat julung-julung kalinya dianjurkan oleh PPD HS Unit Sains Kemanusiaan telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Ogos 2008 (Rabu) bertempat di SMK Bandar Baru Sg Buaya. SM3KB turut menghantar peserta kebudayaan seramai 2 bas. Berita dan gambar-gambar sila layari http://www.psksm3kb.blogspot.com/ atau klik di Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan di ruangan sebelah.

Monday, August 4, 2008

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 51




Sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke 51 telah dimulakan dengan kempen menulis kata hikmat atas kain rentang terpanjang dan majlis penyerahan bendera Malaysia kepada wakil kelas-kelas SM3KB. Penulisan kata-kata hikmat sempena sambutan kemerdekaan dimulakan dengan Pengetua Kanan, Pen.Kanan, Ketua Bidang, guru-guru dan akan diikuti oleh semua pelajar. Sementara itu majlis penyerahan bendera Malaysia akan dipasang di hadapan semua kelas dalam kawasan sekolah sepanjang bulan Ogos ini. Acara sambutan seterusnya akan menyusul sehingga 16 September 2008.

Sunday, August 3, 2008

AKTIVITI BULAN OGOS

060808 - Karnival Sivik di SMK Bandar Baru Sg Buaya melibatkan pelajar SM3KB.
090808 - MAJLIS MAKAN MALAM AMAL di Dewan Serbaguna KKB dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wailyah bermula jam 7.30 mlm
160808 - 240808 - Cuti sekolah

Thursday, July 31, 2008

HARI KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM 2008



Hari Kecemerlangan Ko-kurikulum 2008 telah berlangsung pada Hari Selasa 29 Julai 2008. Majlis disempurnakan oleh DSP Bakhtiar (Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Pelbagai acara telah dijalankan di padang dan dewan sekolah. Gerai-gerai jualan makan dan pameran dari agensi kerajaan seperti Bomba & Penyelamat, AADK, Kementerian Kesihatan & PDRM.

MAJLIS PERSARAAN


Majlis persaraan Pn Hjh.Norhaiti bt Belal, Peg Tadbir Kewangan, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bercampur kesedihan. Setelah berkhidmat selama 27 tahun, beliau mengambil keputusan bersara awal untuk menjaga kedua ibubapa yang uzur serta menguruskan rumahtangga dengan lebih sempurna. Diucapkan SELAMAT BERSARA !

Monday, July 28, 2008

PerSTAR 08


Pertandingan Sukan Teras Antara Rumah sukan (PerSTAR) telah dilancarkan hari ini Isnin 28 Julai 2008 di padang sekolah oleh Pengetua Kanan dengan sepak mula yang menakjubkan. Aktiviti ini akan berlangsung pada 28, 29 & 31 Julai 2008 adalah anjuran Pelajar Praktikum UPSI dikelolakan oleh Sdr.Shakiran bin Ismail yang bertindak selaku Pengarah Program. Antara acara yang akan dijalankan adalah pertandingan FUTSAL, BOLA JARING, BOLA BALING dan BOLA TAMPAR. Semua acara dijadualkan bermula jam 3.00 ptg.


Sunday, July 27, 2008

MALAM MESRA MUHIBAH 2008

Majlis MMM 08 telah berlangsung pada 26 Julai 2008 bertempat di Dewan Serbaguna SJK(C) Batang Kali, Hulu Selangor. Pelbagai acara tarian dari semua kaum dipersembahkan dalam masa 2 jam bermula 7.30 hingga 9.30 mlm. Wakil SMKKKB ialah kumpulan dikir barat yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin atas persembahan yang sungguh bersemangat.


Program yang sangat menarik ini diselenggarkan oleh sebuah persatuan Sokka Gakkai Malaysia (SGM) yang mengabungkan semua peringkat umur dan lapisan masyarakat kaum Cina di Malaysia. Pihak berkenaan juga merakamkan penghargaan kepada Cikgu Nurul Suhaida kerana turut menyumbangkan idea kereografi pada malam tersebut.


Saturday, July 26, 2008

Ceramah Mencegah Kebakaran

Ceramah mencegah kebakaran telah diadakan pada Hari Rabu bertarikh 23 Julai 2008. Mendengar ceramah yang disampaikan oleh En.Anuar Suriram bin Abdullah, pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba & Penyelamat KKB. Intisari ceramah adalah :
1. Guru perlu mengutamakan keselamatan pelajar dahulu daripada diri sendiri. 2. Laluan keluar jangan dihalang oleh sebarang objek.

3. Pelajar OKU diberi keutamaan diikuti guru mengandung.

4. Alat pemadam api dan hos rel perlu diselenggara dengan baik dan berfungsi.

5. Kereta guru ditempat letak kereta jangan menghalang laluan kereta bomba masuk ke premis.

6. Di rumah juga perlu ada sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api.

Ceramah berlangsung dalam suasana mesra dan wujud interaksi dua hala memeriahkan lagi majlis ceramah yang terpaksa berakhir pada jam 3.15 petang.

Wednesday, July 23, 2008

PROGRAM KLINIK SENI GRAFITI





Satu program khas yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan semangat teruja para pelajar Sm3KB. Program Klinik Seni Grafiti merupakan projek rintis Kementerian Belia dan Sukan di sekolah yang telah menjadi Sekolah Angkat PBSD HS. Penyelaras program Cik Herni Ayu bt Mohd Shukri dibantu oleh En Zamzuri Iskandar bin Alphazali dan En Mohd Afiq bin Mazly telah mendapatkan khidmat nasihat dan tunjukajar syarikat PhobiaKlik Design bagi menjayakan program ini. Pelatih dari syarikat Sdr Mohd Nazri bin Amran dan Sdr Mohd Shahqir bin Zulkifli telah menunjukkan cara seni grafiti atau sebelum ini dicop sebagai contengan dinding. Demonstrasi yang telah ditunjukkan kepada seramai 20 orang pelajar Ting 6 Bawah telah menaikkan semangat mereka untuk bergiat dalam bidang seni lukis memberi lonjakan idea kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual -Cik Zuraidah dan En Mohd Azmi - untuk menghiasa seluruh bangunan sekolah dengan lukisan grafiti ini.

Monday, July 21, 2008

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG

Majlis Makan Malam Amal PIBG bagi tahun 2008 akan berlangsung pada 9 Ogos 2008 bertempat di DEWAN SERBAGUNA KKB. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula jam 8.00 malam. Pihak penganjur masih mengalu-alukan penyertaan bekas-bekas pelajar SM3KB atau badan-badan korporat untuk menyertai program mulia ini. Tujuan utama majlis adalah untuk menambah dana PIBG dan mempertemukan bekas-bekas guru dan pelajar SM3KB. Maklumat lanjut berkaitan majlis di www.pibgsm3kb.blogspot.com

Saturday, July 19, 2008

MESYUARAT GURU KALI KE 2

Mesyuarat guru SM3KB kali ke 2 telah berlangsung dengan lancarnya pada hari Sabtu 19hb Julai 2008. Mesyuarat bermula pada pukul 8.00 hingga 12.30 tgh. Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk kecemerlangan pelajar sekolah ini.

Friday, July 4, 2008

HARI PENYERAHAN LAPORAN AKADEMIK 2008




Program Hari Penyerahan Kad Laporan Akademik kepada ibubapa bagi separuh tahun 2008 telah berlangsung pada Hari Jumaat bersamaan 4 Julai 2008. Sambuatan menggalakkan daripada ibubapa pelajar SM3KB yang prihatin dengan kemajuan anak-anak mereka amat memberangsangkan warga kerja SM3KB. Pengetua Kanan serta tenaga pendidik mengalu-alukan kehadiran ibubapa serta penjaga anak didik sekolah ini dan mendoakan kejayaan mereka semua.