Wednesday, August 13, 2008

Operasi Bersepadu



Satu program khas Operasi Bersepadu antara PPD HS dengan jabatan-jabatan kerajaan telah diadakan di semua sekolah di KKB. Tindak ketinggalan rombongan terdiri daripada wakil-wakil PPD bersama PDRM, Pusat Kesihatan, Pasukan Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dan Penguatkuasa MDHS telah sampai ke SM3KB kira-kira jam 9.30 pagi. Selepas sedikit taklimat, mereka terus membuat beberapa pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar putera dan puteri SM3KB bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan disiplin terkawal. Operasi dibantu oleh guru disiplin dan beberapa orang Majlis Kepimpinan Pelajar (MPP). Tujuan operasi adalah untuk mendidik para pelajar tentang kebersihan dan disiplin diri. Antara pemeriksaan dibuat adalah rambut,kuku, barang-barang larangan dibawa oleh pelajar seperti alat tajam, rokok dan telefon bimbit. Terdahulu daripada ini pihak polis trafik telah menjalankan operasi pemeriksaan lesen memandu pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah.
Dalam ucapan aluan Pengetua Kanan Tn Hj Manap Jarkasi mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat atas operasi ini dan berharap aktiviti seperti ini wajar dilakukan dengan lebih kerap. Sementara itu PK HEM, En Abu Mansor Sathri memaklumkan SM3KB harus merasa bangga kerana tidak banyak masalah pelanggaran disiplin oleh para pelajar yang dapat dikesan dalam operasi ini. Rombongan meninggalkan kawasan sekolah kira-kira jam 10.45 pagi dengan rasa puas hati atas pengawalan disiplin pelajar SM3KB HEBAT!

No comments: