Sunday, August 8, 2010

Perkhemahan RIMUP - sukses

Perkhemahan RIMUP yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum yang mewakili Unit Uniform masing-masing berakhir petang tadi dengan jayanya. Bermula pagi Jumaat rombongan bertolak dari SM3KB menaiki bas Yayasan Selangor dan 2 buah trak PDRM. Sesampai di Pusat Lstihan Belia, Bukit Lagong, Gombak - aktivti-aktiviti yang dirancang telah bermula. Semua aktiviti-aktivti dikendalikan oleh Jurulatih dari pusat berkenaan. Pada hari pertama rombongan telah mengadakan sesi ICE BREAKING sementara sebelah malamnya, mereka telah meredah hutan disekitar kawasan Bukit Lagong. Esoknya Sabtu aktiviti yang lebih mencabar seperti memanjat bukit tiruan, absailing dan sebelah malamnya persembahan pelajar. Dan hari ini setelah hampir 4 jam menjalan aktiviti larian berhalang dan beremdah dalam kolam, majlis penutup telah disempurnakan oleh PK En Abdul Azia bin Mohamad Yussof dengan penyampaian banyak hadiah-hadiah untuk peserta. Pengrusan dan pelaksanaan perkhemahan ini adalah dibawah Kem Komandan En Elongavan dan dibantu oleh 10 orang guru yang turut berada di tapak perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam perkhemahan RIMUP 2010.

3 comments:

Anonymous said...

Harap dikeluarkan 'statement' "..... dan 2 buah trak PDRM" krn menyalahi peraturan PDRM dan Kementerian sendiri naik trak ke lokasi perkhemahan! Ini kes berani2 jer...

Anonymous said...

Naik ape pun takpe.. yang penting driver trak polis, guru-guru, pihak polis semua dilihat ikhlas membantu..

GPBSMKKKB said...

Bukankah itu bukti kerjasama komuniti dengan sekolah... masih perlu dikeluarkan ke?