Monday, April 20, 2009

SUMBANGAN KEPADA TSH KKB

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu kempen kutipan 50sen sehari dan berjaya mengumpulkan RM205.00 untuk disumbangkan kepada Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu. Majlis penyerahan cek telah disampaikan kepada Timbalan Pengetua taman tersebut semasa perhimpunan pagi hari ini. Dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatan warga SM3KB menjalankan kempen seperti ini. Walaupun sumbangannya nampak kecil tetapi besar erti kepada penghuni TSH yang senantiasa mengharapkan sokongan dan kerjasama pihak awam untuk memastikan kebajikan anak-anak di TSH terjaga dengan baik. Syabas kepada yang telah menyumbang dan kempen seperti ini patut diteruskan dari semasa ke semasa.

Saturday, April 18, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Maklumat lanjut di http://www.pksm3kb.blogspot.com/

Friday, April 17, 2009

Program Efac

Program EFAC untuk tingkatan 1 dan 2 sedang berlangsung di dua lokasi yang berlainan dalam kawasan sekolah. Butiran lengkap menyusul

Monday, April 13, 2009

MAXIS CYBERKIDS CAMP




Hari ini 13/04/09 hingga esok 14/04/09 bertempat di Hotel Grand Seasons KL, satu majlis taklimat Maxis Cyberkids 2009 sedang berlangsung. Majlis ini dihadiri oleh Pn Pengetua bersama GPB. Pelbagai aktiviti telah diatur pihak penganjur. Yang pasti sekembalinya ke sekolah, ada tugasan yang perlu diselesaikan menjelang bulan Jum 2009. Daerah Hulu Selangor diwakili 7 sekolah dan melibat sekolah dari seluruh negara. Ada pertandingan yang perlu kita sertai. SM3KB mesti menang!!!

Saturday, April 11, 2009

2 PROGRAM SERENTAK

Hari ini Sabtu...hari persekolah mengganti cuti hari raya tahun 2009 berjalan lancar. Dalam masa yang sama pelajar tingkatan 2 menjalankan program Insan Rabbani dan pelajar tingkatan 3 menjalankan program EFAC. Program Insan Rabbani untuk pelajar Islam dijalankan di Dewan Bestari dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Sementara itu pelajar lain dilibatkan dengan program Moral. Program EFAC dijalankan di Dewan Gemilang Asrama SM3KB dan berakhir pada jam 1.10 petang. Gambar-gambar peristiwa akan menyusul.

Thursday, April 9, 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI 1/2009

Taklimat dijadualkan akan berlangsung pada hari ini Khamis 9 April bermula jam 2.30 petang di bilik mesyuarat SM3KB. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pn Pengetua yang baru dan akan dihadiri oleh semua guru SM3KB bagi mendapatkan input terkini berhubung status Sekolah Bestari Perdana dan program perluasan Sekolah Bestari. Sebelum taklimat bermula, semua yang hadir telah mengisi borang kompentensi ICT 2009. Hasil taklimat satu persetujuan bersama telah dicapai antaranya:
1. Semua warga sekolah perlu ada email: guru sebelum 20 April 2009/ pelajar 30 Jun 2009
Senarai email pelajar perlu ditampal di papan kenyataan kelas.
2. Semua unit pengurusan perlu ada blog sebelum 15 Jun 2009. Alamat email dan blog hendaklah ditampalkan di papan kenyataan unit masing-masing.
3. Semua unit pengurusan perlu ada brosur sebelum 30 April - template akan diletakkan di folder D: server BGPC04/BROSUR.
4. Penggunan EDUWEBTV dan THINKQUEST.ORG akan dikursuskan dalam bulan Mei.
Sebarang keraguan atau kemusykilan, boleh hubungi GPB atau tinggalkan comment di sini.

Monday, April 6, 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Majlis ini akan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar SM3BK dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akadmik sepanjang tahun 2008. Majlis akan diadakan pada Hari Sabtu bertarikh 18 April 2009 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Kompleks Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Semua pelajar yang berjaya bersama ibubapa masing-masing dijemput hadir ke majlis ini. Surat jemputan akan menyusul.

Friday, April 3, 2009

MESYURAT PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI

Mesyuarat pengurusan Sekolah Bestari yang akan melibatkan semua guru dijadualkan akan berlangsung seperti butiran berikut :
HARI : KHAMIS
TARIKH : 9 APRIL 2009
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
Kehadiran dimestikan. Surat edaran akan menyusul. Harap maklum.

Jadual Kelas Ganti

Berikut adalah tarikh-tarikh hari persekolahan (Hari Sabtu) menggantikan hari cuti yang akan diambil sempena sambutan Hari Raya dan perayaan Deepavali -
11 April 2009 - Jadual hari Khamis
27 Jun 2009 - Jadual hari Jumaat
15 Ogos 2009 - Jadual hari Isnin

Saturday, March 28, 2009

KURSUS KECEMERLANGAN AKADEMIK FASA 1




Satu sesi Kursus Kecemerlangan Akademik Selangor Fasa 1 Peringkatan SMKKKB sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat mulai jam 8.00 pagi. Kursus diisi dengan input-input terkini untuk memperkasakan P & P guru-guru di SM3KB. Selamat Berkursus. Jangan lupa isi 'KAD BIRU". Majlis diselang selikan dengan acara makan, penyampaian hadiah kepada guru baru bersalin serta acara potong kek sambutan ulangtahun kelahiran guru-guru bulan Januari, Februari & Mac. HAPPY BIRTHDAY U ALL !!!



Sunday, March 22, 2009

SELAMAT KEMBALI

23 Mac 2008 - Selamat kembali bertugas kepada para guru dan Selamat kembali belajar kepada para pelajar. Minggu keempat bulan Mac kita mulakan dengan semangat baru selepas 1 minggu berehat(?) untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya. Kepada guru-guru diingatkan pada 28 Mac (Sabtu) satu sesi perkembangan staf akan dijalankan mengikut takwim 2009.
Pengetua meminta kerjasama guru-guru yang belum mengaktifkan nombor telefon (SMSSekolah) diharapkan dapat diaktifkan sebelum 28 Mac 2009 (satu slot analisis penyertaan guru dalam SMSSekolah akan dibuat pada hari itu) dengan menaip :
REG MOE (NOMYKAD) dan hantar ke 32020.
Sebelum pengaktifan dibuat, nombor telefon perlu didaftarkan(terutama guru-guru baru).
Sila hubungi GPB untuk tindakan lanjut.

Friday, March 13, 2009

SAMBUTAN MAULID-DUR-RASUL 1430H

Majlis telah berlangsung pada hari Jumaat 13 Mac 2009 di Dewan Gemilang Asrama SM3KB. Sambutan ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam SM3KB. Majlis diserikan dengan beberapa acara bermula perhimpunan dan persembahan pelajar. Acara perarakan yang dijadualkan telah dibatalkan oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun sepanduk hasil karya para pelajar telah dapat dipertandingkan. Acara kemuncak berupa satu slot "BICARA KISAH KEKASIH ALLAH"

Thursday, March 12, 2009

WAJAH -WAJAH CERIA



Keputusan SPM 2008 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2007 dengan pencapaian kelulusan 98%. Adalah menjadi misi calon 2009 untuk mencapai kelulusan 100% pada tahun ini.

Tuesday, March 10, 2009

LOGO JUBLI EMAS

Mohon pandangan untuk menentukan mana logo yang sesuai untuk menjadi sticker kereta sempena sambutan 50 tahun SM3KB anjuran PIBG. Sila klik pada comment untuk beri komen. Terima kasih lebih dahulu.