Latihan Portal EDUWEBTV untuk guru-guru Daerah Hulu Selangor (kumpulan 3) sedang berlangsung mulai hari ini 10 Mac hingga 11 Mac 2009. Seramai 21 orang guru sekolah rendah yang terdiri daripada guru media / guru PSS hadir pada sesi ini. Latihan dipimpin oleh jurulatih Sdr Azman Maad dan dibantu oleh Sdr Kamarul Bashah Husin.
Hubungi kami di: bea5061@btpnsel.moe.edu.my Kepada SM3KBian (guru,pelajar dan staf) di dalam atau luar negara, sila tinggalkan komen untuk dimuatkan di www.alumnism3kb.blogspot.com. Terima kasih mendahului bicara.
Tuesday, March 10, 2009
Latihan Portal EDUWEBTV K3
Latihan Portal EDUWEBTV untuk guru-guru Daerah Hulu Selangor (kumpulan 3) sedang berlangsung mulai hari ini 10 Mac hingga 11 Mac 2009. Seramai 21 orang guru sekolah rendah yang terdiri daripada guru media / guru PSS hadir pada sesi ini. Latihan dipimpin oleh jurulatih Sdr Azman Maad dan dibantu oleh Sdr Kamarul Bashah Husin.
Program Motivasi Asrama
Program Motivasi Pelajar Asrama telah dijalankan pada hari Jumaat(6 Mac) hingga Ahad (8Mac) yang dikendalikan oleh kanselor pelatih dari UPSI. Butiran lanjut sila klik PAUTAN - ASRAMA.
Monday, March 9, 2009
Monday, March 2, 2009
SELAMAT DATANG
Seluruh warga sekolah mengalu-alukan kehadiran Pn Mazmin bt Mohd selaku Pengetua di SM3KB. Dalam ucapan sulung beliau berikrar akan meneruskan perancangan yang telah digariskan oleh mantan Pengetua Kanan Tn Hj Manap bin Jarkasi dengan sedikit sebanyak penambahbaikan bagi mencapai VISI dan MISI sekolah ini.
Sunday, March 1, 2009
Program Akur Janji & Penetapan Target
Program Akur Janji & Penatapan Target khusus untuk pelajar-pelajar SM3KB yang akan menduduki PMR, SPM & STPM telah diadakan pada Hari Sabtu 28 Februari 2009. Ramai ibubapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka telah hadir. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tgh. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir. Kehadiran anda menyuntik semangat kepada anak-anak untuk terus maju dalam pelajaran demi mencapai "target" yang sama-sama (pelajar & ibubapa) tetapkan.
Friday, February 27, 2009
MAJLIS PERPISAHAN
Satu majlis ringkas meraikan perpisahan Pengetua Kanan meninggalkan SM3KB ke sekolah baru telah diadakan pagi hari ini. Majlis bertujuan memberi peluang kepada para pelajar menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat cemerlang Tn Hj Manap bin Jarkasi selama menjadi pemimpin di sekolah ini. Gambar ikhsan Kaunselor Rasidi dari blognya http://abdulrasidi.blogspot.com/
Gambar jamuan di Awana, sila layari pautan KESTAF
Wednesday, February 25, 2009
Tuesday, February 24, 2009
Latihan Portal EDUWEBTV
Kumpulan pertama telah menjalani latihan di Makmal Bestari SM3KB. Latihan dipimpin oleh Sdr.Azman Maad dan Sdr Mohd Nazrul bin Daud dari Zeal Hi-Tech Solutions Sdn Bhd. Peserta latihan terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dan rendah Daerah Hulu Selangor seramai 22 orang. Adalah menjadi kewajipan peserta untuk menjalankan "In-House Training" di sekolah masing-masing dalam tempoh 30 hari( arahan Kementerian) dan dipantau oleh PPD.
Friday, February 20, 2009
SUKAN KE 40
Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 40 SM3KB telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Februari 2009 seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada ibubapa, JK PIBG dan X-sm3kbian yang sudi hadir ke Temasya Sukan yang meriah itu. Tahniah kepada yang berjaya mengondol pelbagai hadiah. Temasya Suka tahun ini dirasmikan oleh En Ibrahim bin Hassan, Pegawai Belia Daerah Hulu Selangor.

Tuesday, February 17, 2009
BERITA ANGIN BERITA SAHIH
Berita angin yang bertiup kencang mengatakan Pengetua Kanan SM3KB akan beralih angin ke sekolah berhampiran telah menjadi berita sahih. Surat perpindahan (tukar kerusi) antara Sm3KB dan SMDHK kini telah disahkan dengan surat rasmi yang diterima kedua-dua pihak mulai 16 Februari 2009. Selamat Tinggal kepada Tn Hj Manap bin Jarkasi dan Selamat Datang kepada Pn Mazmin bt Mohamad. Semoga kedua-dua yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan penuh iltizam, komitmen serta semangat tinggi di tempat baru.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
Temasya Sukan tahun ini akan diadakan pada Hari Jumaat bertarikh 20 Februari 2009 bermula jam 8.00 pagi. Pihak pengurusan sekolah ingin menjemput semua ibubapa yang ada kelapangan untuk bersama-sama memberi galakan dan sorakan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah diaturkan. Sama-sama kita meriahkan Temasya Sukan SM3KB tahun 2009.
Saturday, February 14, 2009
MAKMAL BESTARI DITUTUP
Merujuk surat PPDHS/PPA/A41993/02/04/01 Jld2 berhubung LATIHAN PORTAL EDUWEBTV SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2009 dengan ini adalah dimaklumkan MAKMAL BESTARI akan digunakan untuk tujuan di atas pada tarikh-tarikh berikut :
23 - 26 Februari 2009 (Isnin - Khamis) dan 10-11 Mac 2009 (Selasa-Rabu). Selain daripada tarikh-tarikh tersebut jadual penggunaan Makmal Bestari adalah seperti biasa. Penggunaan Makmal TMK dan ICTL adalah mengikut jadual yang disediakan.
23 - 26 Februari 2009 (Isnin - Khamis) dan 10-11 Mac 2009 (Selasa-Rabu). Selain daripada tarikh-tarikh tersebut jadual penggunaan Makmal Bestari adalah seperti biasa. Penggunaan Makmal TMK dan ICTL adalah mengikut jadual yang disediakan.
Wednesday, February 11, 2009
14 FEBRUARI 2009 - HARI PERSEKOLAHAN
Hari Sabtu 14 Februari 2009 adalah hari persekolahan ganti cuti Tahun Baru Cina (30 Januari 2009) yang lalu. Dah seronok cuti kena la ganti kan! Jangan pulak ada yang tak datang ye! JADUAL? OH...guna jadual HARI JUMAAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)