Tuesday, May 13, 2008

SELAMAT DATANG PELAJAR 6 BAWAH 2008
















Pada hari Isnin 12 Mei 2008, para pelajar lulusan SPM 2007 telah melaporkan diri untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah di SM3KB. Kepada pelajar SM3KB, warga sekolah mengucapkan Selamat Kembali ke SM3KB dan kepada para pelajar dari sekolah-sekolah jiran yang dipindahkan ke sini kami iringan dengan ucapan Selamat Datang ke SM3KB. Sepanjang minggu ini, mereka akan didedahkan kepada aspek-aspek pengurusan tingkatan 6 meliputi pemilihan mata pelajaran, taklimat Kurikulum, ko-kurikulum, HEM dan pengurusan Bestari. Aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini dikelolakan oleh Kaunselor sekolah.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK






















Hari yang penuh bersejarah bagi para pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik masing-masing telah berjaya dilangsungkan pada hari Sabtu 10 Mei 2008 bertempat di Komplek Sukan KKB. Bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan Pengetua Kanan, Tn Hj Manap bin Jarkasi, majlis berjalan dengan lancar selama lebih kurang 2 jam. Ucapan perasminan disampaikan oleh Tn Hj Suhaimi bin Rashid AMN, yang juga adalah Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Dalam ucapan beliau menegaskan kepentingan para pelajar memiliki Kemahiran Lembut yakni keupayaan bercakap menyampaikan hujah-hujah, keupayaan memberi pandangan serta pendapat yang bernas dsb sebagai persediaan untuk berhadapan dengan realiti kehidupan apabila keluar ke dalam khalayak ramai selepas zaman persekolan. Kemahiran ini perlu dipupuk di alam persekolahan dengan merebut peluang yang disediakan melalui kegiatan kokurikulum. Para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik telah menerima sijil-sijil penghargaan serta hadiah-hadiah iringan.Majlis ini turut mendapat sumbangan dari PIBG SM3KB.

Monday, May 5, 2008

AKTIVITI KELAB RUKUNEGARA

Kelab Rukunegara SM3KB telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti sepanjang bulan Mac-April termasuk KUIZ RUKUNEGARA dan Pertandingan Rekahias Kelas. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan semasa perhimpunan pada hari ini 5 Mei 2008. Untuk gambar-gambar pemenang sila klk GAMBAR KENANGAN - Kelab Rukunegara.

Monday, April 28, 2008

Peperiksaan !/2 tahun

Peperiksaan pertengahan tahun 2008 akan bermula dari 7 -23 Mei secara berperingkat-peringkat. Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada semua pelajar untuk persediaan menghadapi peperiksaan ini.
Untuk Tingkatan 6 Atas - peperiksaan bermula pada 5 hingga 23 Mei 2008
Untuk Tingkatan 5 - peperiksaan bermula pada 6 Mei hingga 23 Mei 2008
Untuk tingkatan 4 - peperiksaan bermula pada 7 Mei hingga 23 mei 2008
Untuk tingkatan 3 - peperiksaan bermula pada 12 Mei hingga 23 Mei 2008
Untuk tingkatan 1 & 2 - peperiksaan bermula pada 13 mei hingga 23 mei 2008

Kepada ibubapa diharap akan menberi dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka agar bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan ini semoga mencapai kecemerlangan bermula dari sekarang. Kepada para pelajar, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

PELANCARAN KELAB F1

Kelab F! SM3kb telah dilancarkan dengan rasminya pada hari ini Isnin 28 April 2008 dalam satu perhimpunan pagi jam 8.20 pagi. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan berjaya menyertai perlumbaan hingga ke peringkat Kebangsaan. Selepas berjaya menempa nama di peringkat Negeri Selangor, Kelab F1 SM3KB sudah menrasa yakin untuk meneruskan usaha-usaha mereka bagi mencapai matlamat menjadi nombor 1 negara pada tahun-tahun akan datang. Syabas kepada mereka yang telah melibatkan diri menjayakan program ini disamping menimba ilmu pengetahuan di luar bilik darjah sambil menambah pengalaman dalam bidang teknologi tinggi spt F1 ini.

Saturday, April 26, 2008

AKTIVITI SABTU 26 APRIL

Beberapa aktivti telah dijalankan pada hari Sabtu 26 April 2008 dari awal pagi hingga ke petang. Antaranya
1. Program Sehari Bersama Alam Sekitar untuk pelajar tingkatan 3 anjuran Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan bersempena Bulan Pusat Sumber Munsyi Abdullah SM3KB. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar 3 Siber bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgh. Perjalanan program dipantau oleh Pn Afidahsuzani selaku Penasihat dengan bantuan guru-guru PSK.

2. Program Kem Remaja Rabbani untuk pelajar Islam ting 1 & 2 anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam. Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Program ini dikendalikan oleh AJK Pelaksana dengan bantuan PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK DAN SAHSIAH ISLAM (PAKSI)

3. Kursus Dalaman untuk Panitia Sejarah, Mateamtik dan Bahasa Inggeris berjalan serentak anjuran Panitia masing-masing di 3 lokasi berlainan. Kursus guru Sejarah berlangsung di Bilik APD, Kursus guru-guru matematik berlangsung di Bilik Mesyuarat dan Kursus guru-guru Bahasa Inggeris berlangsung di Bilik Pengurusan.
Semua program yang dirancangkan berjalan lancar dengan penuh rasa kegembiraan kepada semua yang terlibat.

Thursday, April 24, 2008

KURSUS ICT 26 APRIL 2008

Sekali lagi kami memohon maaf kerana kursus yang dijadualkan pada hari Sabtu 26 April 2008 tidak dapat dijalankan. Talian internet sedang mengalami masalah sejak seminggu yang lalu. Pemasangan server baru dan peralatan schoolnet telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan talian. Tambahan kepada masalah itu hanya seramai 5 orang memohon untuk menyertai kursus ini. Kepada ibubapa yang telah memohon untuk mengikuti kursus ini, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sekiranya kursus dijalankan pada waktu lain, anda akan dijemput semula.

Friday, April 18, 2008

ZOOM IN bersama Kebudayaan

Aktiviti tahunan Kelab Kebudayaan, Kesenian & Warisan SM3KB akan mengadakan sekali lagi acara-acara persembahan pentas oleh ahli-ahli kelab ini dengan nama ZOOM IN bersama KEBUDAYAAN. Acara akan bermula jam 3.00 petang hari Rabu 23 April 2008. Oleh kerana acara ini agak ekskusif, bayaran masuk adalah RM1.00 seorang. Kaunter jualan tiker sudah dibuka dan tiket-tiket telah dijual seperti pisang goreng panas. Jangan lepaskan peluang menyaksikan rakan-rakan anda beraksi di pentas utama Dewan Bestari SM3KB.

Monday, April 7, 2008

TAK JADI JALANKAN KURSUS

Kursus yang dijadualkan pada 5hb April tidak dapat dijalankan kerana tiada peserta yang mendaftarkan diri. Hebahan telah dibuat semasa mesyuarat agung pibg pada 23 Februari 2008. Sekali lagi pihak urusetia telah maklumkan semasa mesyuarat AJK PIBG. Kali terakhir semasa pelancaran Bulan ICT pada 31 Mac 2008. Malangnya masih tiada sambutan. Mungkin ramai tidak faham kaedah menjalankan kursus. Tak pe la! Ada peluang sekali lagi pada 26 April 2008. Harap kepada yang berminat nak mengikuti kursus ini akan segera sms ke 013-6022095 (Cikgu Syed) untuk pengesahan. Daftar awal ni penting sebab pesanan makan minum perlu dibuat awal. Harap kali ni kursus berjaya dijalankan.

Monday, March 31, 2008

PELANCARAN BULAN ICT 2008

Isnin 31 Mac 2008- Pelancaran Bulan ICT 2008 telah disempurnakan oleh Tn Hj Manap bin Jarkasi, Pengetua Kanan SM3KB tepat jam 8.10 pagi tadi. Majlis menjadi gamat dengan gimik yang digunakan untuk memperkenalkan Buku Program Bulan ICT 2008. Bulan ICT akan berlangsung selama 30 hari bermula 1-30 April 2008. Pelbagai aktiviti yang diatur untuk penyertaan pelajar, guru, ibubapa dan komuniti setempart. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah KUIZ, Pertandingan Membina Bahan P&P, Pertandingan Penerapan Budaya ICT antara Kelas dan beberapa siri kursus. Kepada semua warga SM3KB diharapkan menafaatkan peluang yang ada unruk mencapai tahap penguassan ICT yang lebih tinggi.

Monday, March 3, 2008

BULAN APRIL

Masuk bulan April warga SM3KB akan melalui pula Bulan IT. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk menjayakan BULAN IT 2008. Pelancarannya akan dilangsungkan pada 31 Mac 2008 dan berakhir pada 30 April 2008. Kepada ibubapa pelajar SM3KB turut diundang untuk mengambil bahagian dalam Kursus IT yang akan diadakan pada hari Sabtu (5 dan 26 April 2008). Untuk menyertai kursus ini, ibubapa hanya perlu mengirim SMS ke 32020 dengan menyatakan NAMA dan NOMBOR TELEFON atau email kepada gpb_bea5061@moe.edu.my sebelum 25 Mac 2008. Pihak urusetia akan menghubungi semula untuk pengesahan. Jangan lepaskan peluang ini.Sertailah kursus yang diberikan secara percuma ini khas untuk ibubapa pelajar Sekolah Bestari Perdana.

CUTI 1 MINGGU

Sesi persekolahan akan mula bercuti pada 8hb Mac 2008. Oleh kerana Pilihanrayan ke 12 akan berlangsung pada tarikh itu dan untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada pengundi untuk balik ke kampung halaman bagi tujuan membuang undi, sekolah telah memohon cuti khas pada hari Jumaat 7hb.Mac 2008. Namun cuti itu perlu diganti pada hari Sabtu 29hb Mac nanti.Kepada semua warga SM3KB diucapkan SELAMAT BERCUTI tetapi kepada staf yang akan menduduki PTK akan dijalankan pada 10,11 dan 12 Mac 2008 - SELAMAT MENDUDUKI PTK. Dan kepada semua warga Malaysia yang layak mengundi - SELAMAT MENGUNDI.

BULAN MAC - BULAN PSS

Pelancaran Bulan PSS telah berlangsung hari ini Isnin 3 Mac 2008. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan meliputi semua bidang-bidang yang terdapat di SM3KB iaitu Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains & Matematik serta Bidang Teknik & Vokasional. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk disertai oleh semua pelajar SM3KB. Maklumat lanjut boleh diperolehi di papan kenyataan PSS.

Saturday, February 2, 2008

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 34

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 akan dilangsungkan pada 23 Febuari 2008. Mesyuarat kali ini dijangka akan diadakan di Auditorium Pusat Latihan Bomba Malaysia KKB agar ibubapa yang akan menghadiri mesyuarat tahun ini lebih selesa dan dapat memberi perhatian kepada perjalanan mesyuarat. Surat-surat panggilan ke mesyuarat akan diedarkan dalam masa terdekat.Diharap semua ibubapa sedia maklum.

GONG SI FA CHAI

Warga SM3KB ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada guru-guru,pelajar dan ibubapa dari kaum Cina atas sambutan tahun baru TAHUN TIKUS pada 7 Febuari 2008. Semoga semuanya sukses dalam tahun baru ini. Atas maksud itu pelajar yang tinggal di asrama dibenarkan balik kampung pada petang hari Selasa sebab hari Rabu adalah hari cuti tambahan sambutan GONG SI GONG SI GONG SI NI!!!!!