Semasa perhimpunan hari ini, PK KoKu telah memaklumkan beberapa ketetapan yang telah dicapai semasa mesyuarat guru pada hari Sabtu lalu.
1. Dipelawa kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai Perkhemahan Intergasi dengan bayaran RM60.00 (semua ditanggung) untuk menambahkan koleksi sijil penyertaan pelajar.
2. Esok Selasa 28 Julai 2009, sebagai tuan rumah Olimpik Muda, pasukan bolasepak akan beraksi di Stadium Millinium Ampang Pecah dan pasukan bolajaring di SMSM. Para pelajar diseru untuk datang memberi sokongan moral kepada pasukan sekolah kita.
3. Mulai Rabu 29 Julai 2009, sebelum aktiviti kelab / persatuan/ unit uniform bermula, tepat jam 2.30 petang semua pelajar akan berkumpul di Dataran Bestari sebelum dibawa oleh Guru Penasihat ke tempat perjumpaan. Aktiviti minggu ini ialah Kelab & Persatuan.
4. Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 3 & 5 akan bermula minggu ini. Mereka dikecualikan daripada menghadiri aktiviti kokurikulum tetapi perlu membawa Buku Laporan Kokurikulum untuk ditandatangani oleh 2 orang guru yang menjalankan kelas tambahan.
5. Mulai minggu depan, pada setiap minggu pertama setiap bulan, semua pelajar dimestikan memakai pakaian unit uniform untuk acara pemeriksaan barisan.
6. Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak dalam bulan Ogos nanti, semua aktiviti KoKurikulum ditangguhkan.
Hubungi kami di: bea5061@btpnsel.moe.edu.my Kepada SM3KBian (guru,pelajar dan staf) di dalam atau luar negara, sila tinggalkan komen untuk dimuatkan di www.alumnism3kb.blogspot.com. Terima kasih mendahului bicara.
Monday, July 27, 2009
Saturday, July 25, 2009
MESYUARAT GURU KE 2
Mesyuarat kali ke 2 untuk tahun ini sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipenuhi dengan pelbagai agenda - sesi muhasabah diri berkaitan INTEGRITI, mengesahkan minit mesyuarat lalu, laporan PK Akademik, laporan PKHEM, laporan PKKOKO . Satu sesi taklimat oleh Lembaga Tabung Haji untuk makluman staf SM3KB turut diadakan. Semasa sesi makan, acara potong kek untuk guru-guru kelahiran bulan Julai telah diraikan. Satu slot ringkas melibatkan pengurusan Sekolah Bestari turut disampaikan oleh GPB. Antaran pesanan untuk makluman & tindakan semua guru ialah :
1. Email guru - akan dipamerkan di papan kenyataan, bilik guru dan kelas-kelas. Kepada yang belum ada email, diminta segera membuat akaun email. Para guru disarankan untuk mula menggunakan email dalam P&P dengan memberi dan menyemak tugasan pelajar sebagai salah satu item dalam KPI SSQS.
2. Masih ramai Ketua Panitia Mata Pelajaran & Penasihat Kelab / Persatuan / Unit Uniform yang belum ada email.
3. Sambungan kursus membina blog yang tertangguh akan diteruskan mulai bulan Ogos, walaupun melibatkan bulan puasa. Guru-guru yang belum menghadiri kursus sesi 1 dan guru-guru baru akan dipanggil semula sebelum boleh menghadiri kursus sesi 2 - pembinaan blog.
4. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah dipasang dan wakil syarikat sedang mengemaskini maklumat dalam sistem. Para guru diminta bersedia untuk dipanggil menghadiri latihan yang perlu diselesaikan sebelum akhir September 2009.Mesyuarat berakhir pada jam 2.30 petang.
1. Email guru - akan dipamerkan di papan kenyataan, bilik guru dan kelas-kelas. Kepada yang belum ada email, diminta segera membuat akaun email. Para guru disarankan untuk mula menggunakan email dalam P&P dengan memberi dan menyemak tugasan pelajar sebagai salah satu item dalam KPI SSQS.
2. Masih ramai Ketua Panitia Mata Pelajaran & Penasihat Kelab / Persatuan / Unit Uniform yang belum ada email.
3. Sambungan kursus membina blog yang tertangguh akan diteruskan mulai bulan Ogos, walaupun melibatkan bulan puasa. Guru-guru yang belum menghadiri kursus sesi 1 dan guru-guru baru akan dipanggil semula sebelum boleh menghadiri kursus sesi 2 - pembinaan blog.
4. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah dipasang dan wakil syarikat sedang mengemaskini maklumat dalam sistem. Para guru diminta bersedia untuk dipanggil menghadiri latihan yang perlu diselesaikan sebelum akhir September 2009.Mesyuarat berakhir pada jam 2.30 petang.
KEM RABBANI 2
Kem Rabbani untuk tingkatan 5 & 6 sedang berlangsung di Ulu Yam. Butiran lanjut di www.pkhemsm3kb.blogspot.com
Monday, July 20, 2009
LATIHAN PENDAFTARAN ONLINE
Satu sesi latihan pendaftaran peperiksaan UPSR secara online untuk guru-guru sekolah rendah dalam daerah Hulu Selangor sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB. Seramai 48 orang guru dan 2 orang fasilitator dari PPD HS sedang tekun menjalankan latihan bagi tujuan memudahkan dan mencepatkan urusan pendaftaran calon UPSR untuk tahun 2010. Sesi yang sama akan diadakan pada hari Selasa 21 Julai untuk guru-guru sekolah menengah seramai 17 orang pula. Sesi kedua akan diadakan di Makmal Bestari SM3KB. Kepada yang terlibat diucapkan Selamat Berlatihan dan dapat menjalankan amanah yang disandarkan ke bahu anda dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Friday, July 17, 2009
KEM BESTARI MKP 2009
Kem Bestari Majls Kepimpinan Pelajar sekolah akan diadakan pada hari Jumaat-Sabtu di Kem Bina Semangat KKB. Berita lanjut sila rujuk www.pkhemsm3kb.blogspot.com
Tuesday, July 14, 2009
Pemantauan Pasukan TASK FORCE SSQS
Satu rombongan pasukan pemantau SSQS untuk memastikan penarafan "STAR RATING" sekolah-sekolah bestari negeri Selangor berada di tahap gemilang akan datang ke SM3KB pada hari Rabu 15 Julai 2009. Pasukan ini terdiri daripada pegawai BTPN, PKG dan KUTV/PPD daerah Hulu Langat.
Friday, July 10, 2009
HARI PENYERAHAN KAD LAPORAN
Hari ini adalah yang mengembirakan kepada pelajar SM3KB kerana pada hari ini ibubapa/ penjaga masing-masing akan menerima kad pelaporan akademik untuk tempoh 1/2 tahun 2009. Kepada para pelajar yang telah lulus dengan cemerlang diucapkan tahniah. Kekalkan prestasi ini untuk masa depan kalian. Namun begitu ada juga pelajar yang merasa gundah gulana kerana kurang berjaya dalam beberapa mata pelajaran. Sebagai insan anda jangan berputus asa. Cuba lagi sebab peluang untuk membaiki diri masih terbuka luas. Semoga berjaya untuk anda. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa/ penjaga atau wakil kerana sudi hadir ke sekolah untuk menjayakan satu-satunya acara yang membuktikan komitmen anda untuk kecemerlangan anak masing-masing.
Saturday, July 4, 2009
KURSUS EDUWEBTV SKKKB2
Kursus EDUWEBTV untuk staf SKKKB2 sedang berlangsung di Makmal Bestari SM3KB. Kursus akan LDAP sekolah berkenaan dijalankan di SM3KB sebagai satu perkongsian peralatan yang ada di Sekolah Bestari Perdana Hulu Selangor. Pihak sekolah merakamkan penghargaan atas kesudian SKKKB2 untuk mengadakan kursus di sini. Kursus dikendalikan oleh GPB SM3KB bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Semoga peserta kursus dapat mengamalkan P & P EduWebTV sekembalinya ke sekolah nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)