Friday, May 29, 2009

BERKAMPUNG SEMALAM

Kumpulan koir, penari dan puisi & lagu, kini sedang berkampung untuk 1 malam di SM3KB. Mereka sedang berlatih habis-habisan untuk menghadapi perjuangan yang akan diadakan esok di Shah Alam mewakili daerah ke peringkat Negeri Selangor. Semoga beroleh kejayaan!!!

Monday, May 25, 2009

SELAMAT BERPRAKTIKUM

Selamat Datang dan selamat menjalankan latihan mengajar kepada 4 orang lagi guru pelatih UPSI yang melaporkan diri pada hari ini.

1. Mohd Shaiful Hj Mohd Bohari

2. Muhammad Zahir bin Yahaya

3. Norhidayah bt Zainal Abidin

4. Nur Faizatul Ain bt Jaafar

Saturday, May 23, 2009

MESYUARAT JK KURIKULUM KE 2



Mesyuarat JK Kurikulum kali ke 2 sedang berlangsung di bilik mesyuarat SM3KB mulai jam 8.00pagi. Sebelum mesyuarat guru-guru telah dihidangkan dengan sarapan pagi yang sungguh menyelerakan. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn H Rohaizat (PK). Agenda pertama ialah Taklimat Pengurusan Kurikulum.Berita lanjut .......

Friday, May 22, 2009

ASRAMA MENANG LAGI

ANUGERAH KECEMERLANGAN YAYASAN SELANGOR 2008 telah berlangsung pada 16 Mei 2009 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam.
Naziratul Akmal bt Abdullah -9A (Pelajar terbaik PMR Keseluruhan Yayasan Selangor)
Mazhar bin Lajis (8A) Kedua mereka menerima sijil, piala dan wang tunai RM400.00
Madhiah bt Ali - pelajar terbaik Tingkatan 4 (menerima sijil dan piala). Pn Hjh Faridah bt Ayub - Guru Penyelaras Yayasan Selangor terbaik / cemerlang - menerima piala dan sijil.
Tahniah daripada warga SM3KB kepada semua yang berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama SM3KB di peringkat Negeri Selangor.

Wednesday, May 20, 2009

SEHARI LAGI BERLALU...

Hari ini sehari lagi kursus kompetensi ICT dijalankan untuk menghabiskan tajuk-tajuk SESI 1. Selepas tamat tempoh menhadirkan diri masih ada 23 orang guru yang keciciran. 75% telah berjaya menguasai beberapa kemahiran baru walaupun tidak semahir sepatutnya tetapi sudah sedia maklum apa yang boleh dibuat dengan kemudahan ICT yang ada di sekolah ini. SESI kedua akan bermula esok. Tengok la macam mana sambutannya pulak.

Tuesday, May 19, 2009

Suasana sepi

Sehari selepas riuh rendah meraikan hari guru semalam, hari ini suasan kembali sunyi sepi apabila pelajar mulai menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Edaran jadual peperiksaan telah diberikan kepada semua yang terlibat. Pelajar tingkatan 4, 5 & 6Atas telah memulakan peperiksaan pada 13 Mei lalu. Pelajar tingkatan 3 akan bermula pada esok hari 20 Mei 2009 dan pelajar tingkatan 1 & 2 akan bermula pada hari khamis 21 Mei 2009. Kepada semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan diucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga tercapai hajat dihati menggapai sasaran yang telah ditetapkan.

Monday, May 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SM3KB

Sambutan Hari Guru di SM3KB telah diadakan pada 18hb Mei 2009. Pelbagai aktiviti telah diatur dari awal pagi hingga petang. Semua acara dijalankan di Dewan Bestari yang penuh sesak dengan pelajar. Walaupun pada awal pagi cuaca hujan seketika tetapi acara padang dapat diadakan dengan penuh keceriaan bermula jam 10.30 pagi. Pada masa yang sama pertandingan memasak dan menghias buah-buahan telah dijalankan serentak. Acara persembahan di dewan bermula jam 12.00 tgh dan berakhir pada waktu pelajar dibenarkan pulang. Walaupun ringkas tetapi padat dengan aktivti yang menghiburkan guru dan pelajar seadanya.
Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Elangovan Muthukrishnan yang telah mendaftar untuk menjadi warga SM3KB hari ini.

Saturday, May 16, 2009

KARNIVAL KEBUDAYAAN HULU SELANGOR

SELAMAT HARI GURU !!!. Hari ni pun ada guru-guru yang masih mengorbankan masa cuti demi kejayaan anak didik mereka

. Serombongan bas membawa pelakon drama dan penari untuk menyertai Karnival Kebudayaan di 3 tempat berlainan - Pertandingan tarian tradisional di SK BBBtg Kali, Pertandingan Kompang Formasi dam Pertandingan Puisi & Lagu di SMK BBBtg Kali dan Pertandingan Drama KOMSAS di SM Sains Hulu Selangor. Akhirnya atas penat lelah pelajar berlatih dan guru melatih kejayaan yang dicapai SM3KB :
1. Johan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Daerah Hulu Selangor.
lagi gambar menyusul...
2. Johan Pertandingan Puisi & Lagu Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor.


3. Tempat Ketiga - Petandingan Kompang Formasi
4. Tempat Ketiga - Pertandingan Drama KOMSAS Peringkat Daerah Hulu Selangor.Johan setiap kateori akan mewakili Hulu Selangor ke peringkat Negeri Selangor di Kuala Selangor pada 20 Jun 2009.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Penyertaan anda adalah satu kejayaan. Kemenangan anda adalah kerana "YOU ARE THE BEST AMONGST THE BEST".

Friday, May 15, 2009

Taklimat Pengurusan Sekolah Bestari T6






Sesi taklimat kepada pelajar tingkatan 6B yang baru mendaftar di SM3KB sempena program Pendafaran dan Taklimat Pelajar Pra_Universiti 2009 sedang berlangsung di Dewan Bestari sekolah pagi ini. Taklimat disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari sekolah Cikgu Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad.

Thursday, May 14, 2009

Kursus Kompetensi - slight changes

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan - khususnya meraikan Hari Guru pada 18 Mei nanti, maka kumpulan 3 terpaksa berpecah belah mengisi hari-hari yang berbaki untuk mengikuti kursus ini. Makanya hari ni bilangan guru dan staf sokongan yang hadir begitu ramai sekali (>20 orang mestinya) yang hadir, namun semuanya berjalan lancar. 3 slot yang disusun dapat dihabiskan dalam waktu 2 jam. Terima kasih kepada yang hadir dan tahniah kerana menghabiskan kursus. Kursus akan bersambung pada hari Selasa 19 Mei 2009.

Wednesday, May 13, 2009

KURSUS KOMPETENSI ICT 2009

Kursus akan dijalankan mulai hari ini Isnin 13 Mei hingga 28 Mei mengikut kumpulan yang telah disediakan. Kursus akan dijalankan di Makmal Bestari yang akak terdiri daripada 20 orang setiap kumpulan. Oleh kerana kursus ini penting dalam usaha memperkasakan SM3KB sebagai Sek Bestari Perdana, maka semua staf telah diminta menghadiri kursus ini pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan. Diminta kerjasama semua staf untuk membuat pertukaran hari dengan GPB sekira hari yang dijadualkan anda tidak hadiri.
Kesemuanya melibatkan 5 kumpulan seperti jadual berikut:
Kumpulan 1 - 13 Mei 2009 & 21 Mei 2009
Kumpulan 2 - 14 Mei 2009 & 25 Mei 2009
Kumpulan 3 - 18 Mei 2009 & 26 Mei 2009
Kumpulan 4 - 19 Mei 2009 & 27 Mei 2009
Kumpulan 5 - 20 Mei 2009 & 28 Mei 2009
Pengisian Kursus adalah meliputi aspek pemahaman kepada sistem rangkaian di SM3KB, akaun email dan email group, SMSSekolah, membina blog dan kendalikan blog.
Semoga semua yang terlibat akan mengambil peluang ini bagi memantapkan dan mengubah status kemahiran anda dalam borang kompetensi ICT 2009. JUMPA ANDA DI SANA!

Tuesday, May 12, 2009

Program Pendaftaran & Taklimat Pelajar Pra-Universiti 2009

Selepas mendaftar semalam, hari ini para pelajar tingkatan 6 bawah sedang menjalani program taklimat yang diuruskan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. ... maklumat lanjut di http://www.pkhemsm3kb.blogspot.com/
Pada hari yang sama Pengetua dan PKHEM telah menghadiri Mesyurat Perancangan Strategik Sekolah Bestari Negeri Selangor yang berlangsung di SMKAP (Sekolah Showcase Projek Pembestarian Sekolah Luar Bandar).

Monday, May 11, 2009

SELAMAT DATANG

Warga SM3KB mengalu-alukan kedatangan semula pelajar SMKKKB dan pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran yang layak melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Bawah tahun ini. Majlis pendaftaran dan taklimat ringkas telah dijalankan di Dewan Bestari oleh PK Tn Hj Rohaizad Mokhtar.
Pada waktu yang sama 5 orang pelatih UPSI akan menjalankan praktikum mereka mulai hari ini hingga 30 Jun 2009. Mereka ialah :
1. Cikgu Norle binti Rashidi
2. Cikgu Amimah bt Hassan
3. Cikgu Noor Zailena bt Adzahar
4. Cikgu Margaret Foo Khai Szuin - kaunselor
5. Cikgu Yeow Swee Ching - kauselor
Kepada semua diucapkan SELAMAT DATANG
.

Friday, May 8, 2009

CYBERKIDS MAXIS CAMP

Pemilihan pusingan pertama untuk memilih 6 orang calon mewakili sekolah ke Kem CyberKids Maxis untuk negeri Selangor yang dijangka berlansung pada 9 - 13 Jun 2009 sudah bermula. Seramai 60 orang pelajar pelbagai kaum dari tingkatan 1 & 2 telah menawarkan diri. Selepas saringan tinggal 30 orang pelajar berjaya menduduki KUIZ online untuk menguji tahap kompentensi ICT mereka. Seterusnya yang layak untuk pusingan akhir dijangkan berlangsung pada hari Isnin. The test they are going through this time is to see how well they can converse in English. Final decision wil be updated soon. Stay in touch!

Monday, May 4, 2009

LAWATAN KE TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Lawatan anjuran Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ... maklumat lanjut di http://www.kbksm3kb.blogspot.com/