Friday, December 28, 2007

KEPUTUSAN PMR 2007

Keputusan PMR 2007 yang diumumkan pada 27 Disember 2007 amat membanggakan warga SM3KB. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan juga kepada para guru yang mengajar dengan gemilang sehingga SM3KB menjadi sekolah terbilang.
Secara ringkasnya berikut adalah peincian keputusan berkenaan:

ANALISA KESELURUHAN
2006 – 83.6% 2007 – 87.6% (+3%)
Pelajar pencapaian cemerlang
9A - NURUL SYAFINAZ BT MOHAMAD KAMAL
8A - FATIN AZILLAH BT AHMAD
TAN LING SAN
CHAN JUN KEI
MUHAMMAD ADAM BIN NOR AZMI
NG JECK LEE
KEW SIEW YEE
NOR FAEZAH BT JAMALUDDIN
NUR AMIRA BT MOHD HALIM
FARIS BIN ABD RAHIM
IDRIS BIN YUSOFF
MOHAMAD NAZRI BIN ZULFIKLI
ARIFATON AQIDAH BT RUSLAN
ASHADTUL AMIRA BT MUSA
MARDHIAH BT MOHAMAD ALI
NURUL DIYANA BT M.KAMMAL
7A
MOHD SAUFI BIN MOHAMAD YUSOFF
CHIN XIAO WEI
SUTESH VARMAH A/L RAVINTHARAN
AMARPREET KAUR A/P SARJIT SINGH
CHAN MENG YA
CHONG CAI NING
CHONG ELAINE
LEE SHU JUN
SHARMILE A/P SATHIAN
AMIR SYAFIQ BIN SHARUM
HAIKAL RAFIE BIN HALIM
RAJA SITI NURFARAH BT RAJA HASSAN
SITI BELINA NINGRUM BT ZULKIFLI
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR BERKENAAN, ANDA SEMEMANGNYA HEBAT!!!!!

MATA PELAJARAN CEMERLANG :
BAHASA ARAB – 100%
KHB ERT - 100%
KHB KMT - 100%
BAHASA TAMIL – 100%
BAHASA MELAYU – 99.5%
GEOGRAFI - 98.5%
SEJARAH - 97%
SAINS - 97%
KHB PERDAGANGAN – 97%
P A ISLAM - 96.9%
MATEMATIK - 96%
BAHASA INGGERIS - 91%
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT. ANDA SEMEMANGNYA HEBAT, BERKUALITI DAN GEMILANG!!!!

Tuesday, December 11, 2007

WELCOME TO SM3KB

SM3KBian are delighted to welcome Pn.Tan Miow Yen and Pn Anisah Md Zin to this school. They are reposted to SM3KB and will start teaching as from 2008. Hope they like to teach in this school and they are here to stay much longer.

STAF YANG TELAH BERPINDAH

Masuk tahun 2008, beberapa orang staf telah meninggalkan SM3KB untuk bertugas di tempat lain. Mereka yang berkenaan adalah :
Cikgu Ahmad Tajudin, Cikgu Noratul Mastura, Cikgu Nur Ain, Cikgu Suriyawanee, Cikgu Roselinah, Cikgu Zulkifli Ghani dan Juruteknik komputer Sdr Low Choon How. Warga SM3KB mengucapkan SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU. SEMOGA CEMERLANG DALAM MENJALANKAN KEWAJIPAN.

Wednesday, December 5, 2007

SCHOOL SESSION 2008

2008 is just around the corner. Wishing all HAPPY NEW YEAR. Although 1st January is on Tuesday (public holiday), school will reopen only on 3rd January giving ample time to new students (form 1) to register themselves on Wednesday 2nd January. To all new students and teachers, WELCOME TO SM3KB - SEKOLAH BESTARI PERDANA - and to the others WELCOME BACK with new burning determination to perform better and become "modal insan kelas pertama".

BERTUGAS LEBIH AWAL

Walaupun cuti masih panjang, para guru sudah mula menjalankan tugas dengan perlunya menghadiri beberapa siri mesyuarat.
6/12/07 = Mesyuarat JK Asrama jam 8.30 pagi di SMKKKB
10/12/07 - Mesyuarat Guru 1/08 mulai jam 8.30 pagi di SMKKKB
12/12/07 - Mesyuarat JK Kurikulum mulai jam 8.30 pagi di SMKKKB
13/12/07 - Mesyuarat JK HEM mulai 8.30 pagi di SMKKKB
14/12/07 - Mesyuarat JK Kokurikulum 8.30 pagi di SMKKKB
26/12/07 - Mesyuarat Kelas Projek Khas 8.30 pagi di SMKKKB
27/12/07 - Mesyuarat Pendaftaran Pelajar Ting 1 8.30 pagi di SMKKKB
Mesyuarat JK Unit ICT & Pembestarian jam 10.00
Kepada yang terlibat jangan lupa hadirkan diri.

Monday, October 8, 2007

CUTI RAYA 11 HARI

Sempena menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI, sekolah akan mula bercuti pada hari Khamis 11 Oktober 2007 hingga 21 Oktober 2007. Dalam keseronokan menyambut Hari Raya kepada pelajar Ting 1,2, 4 dan 6B jangan lupa pada hari Isnin 22 oktober 2007 peperiksaan akhir tahun akan bermula. Jadi berpada-padalah bergembira dan lupa membuat ulangkaji agar kegembiraan akan menjadi lebih bermakna apabila mencapai kejayaan dalam pelajaran. SELAMAT BERCUTI!

SELAMAT HARI LEBARAN MINAL 'AIDIL WAL FA'IZIN

Pengetua dan warga SMK Bestari KKB ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428H kepada semua kaumMuslimin dan Muslimat yang sedang membaca blog ini. Kepada yang akan memandu untuk balik beraya di kampung halaman nun jauh di utara, selatan atau timur Malaysia, pandulah kereta dengan berhati-hati semoga selamat sampai ke destinasi. JANGAN BIARKAN YANG TERSAYANG MENANTI, TETAPI KERANDA SAMPAI MENGGANTI DIRI!!!!

Sunday, September 30, 2007

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Para guru dan staf SMKKKB ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PMR kepada semua 198 orang pelajar tingkatan 3 sekolah ini. Tenangkan diri untuk menjawab soalan. Kami mendoakan kejayaan anda semua. U ALL R THE BEST!!!

Wednesday, September 26, 2007

Merekod penggunaan Makmal Bestari dan PC

Pengurusan Unit ICT SMKKKB memohon kerjasama semua guru yang menggunakan Makmal Bestari dan Pusat Akses untuk sebarang tujuan agar merekodkan butiran aktiviti yang akan dijalankan di kedua-dua lokasi berkenaan ke dalam Buku Rekod Penggunaan Makmal Bestari / Pusat Akses.
Kepada guru dan pelajar yang masuk ke Makmal Bestari atau Pusat Akses diminta mengisi butiran penggunaan PC dalam fail (hijau) yang disediakan di meja setiap PC. Sekiranya PC menghadapi masalah, kerjasama diminta agar memberi butiran masalah dengan mengisi borang dianostik yang turut disediakan dalam fail berkenaan.
Adalah diharapkan melalui butiran yang diterima dapat mencepatkan urusan baikpulih PC supaya penggunaan ICT di SMKKKB menjadi lebih efisien.

Tuesday, September 18, 2007

PENGGUNAAN WSMS & LCMS

Semua warga SMKKKB diminta melayari http://bestari.schoolnetwork.com.my untuk berlatih menggunakan aplikasi yang ada terutama sekali menyemak & mengemaskini profil sendiri.
Aplikasi PSS, Kaunselling & Ko-kurikulum hendaklah dibiasakan penggunaannya menjelang akhir bulan September 2007 bagi mendapat penarafan 5 bintang Sekolah Bestari.
Sebarang pertanyaan sila hubungi GPB. Panduan memasuki URL berkenaan adalah seperti berikut:
1. Lancar Internet Explorer Address: http://bestari.schoolnetwork.com.my
2. Pilih & klik pada nama sekolah dalam senarai Negeri Selangor.
3. Klik pada DAFTAR MASUK (penjuru atas kanan warna kuning) dan tunggu. Mesej :continue to this website klik ok / yes / Setuju / Agree.
4. Lengkapkan ruang ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan
Kata Laluan : password
5. Laman ini sudah sedia untuk dilayari. SELAMAT MENCUBA

Akaun email format baru

JK Panel Jurulatih Utama Aplikasi ICT dalam P & P telah bersetuju untuk memastikan semua staf (guru dan staf sokongan) di sekolah-sekolah Negeri Selangor memiliki email peribadi mengikut format yang telah ditetapkan. Keputusan ini turut mendapat persetujuan Unit ICT JPNSDE dan restu BPG KPM. Oleh itu semua guru SMKKKB diminta membuka akaun email baru mengikut format berikut : bea5061_namasendiri@yahoo.com / yahoo.com.my / hotmail.com / gmail.com dsb. Setelah berjaya membuka akaun email , sila buat pengesahan dengam menghantar email kepada pengetua_bea5061@moe.edu.my sebelum 25 September 2007. Kerjasama semua staf untuk bertindak proaktif amat diharapkan.

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI

Syukur ke hadrat Allah s.w.t dipanjang umur kita dan diberi peluang kepada kita untuk setahun lagi melaksanakan kewajipan kita menunaikan rukun Islam ketiga - yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh kerelaan selama yang diizinkanNya ke atas kita, Insyallah. MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK!

Monday, September 10, 2007

Program Pautan Mesra KeStaf

Program yang dimaksudkan telah diadakan pada hari Sabtu 8hb.September 2007 mulai jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur. Sebelum acara-acara menarik hati dijalankan, satu sesi perkembangan staf telah disampaikan oleh Tn Hj Bajuri bin Abdullah, Ketua Sektor Perngurusan Sekolah, JPNSDE. Majlis berakhir jam 5 petang dengan penuh keriangan dan rasa puas para guru. Sekalung tahniah diucapkan kepada JK KeStaf 2007 dipimpin oleh Cikgu Suhaini bin Samsudin kerana berjaya mengatur program sehebat ini.

Friday, July 27, 2007

Pemantauan MDEC

Prof Khalid mewakili MDEC telah sekali lagi hadir ke sekolah untuk memberi panduan kepada guru-guru yang terlibat dalam memastikan SMKKKB mendapat 5 bintang penarafan MDEC ke atas 47 sekolah bestari Malaysia. Mulai bulan Julai ini, semua guru berkenaan akan mengisi borang KPI (Key Performance Indicator) untuk 3 bulan berturut-turut. Penarafan akan dibuat lebih awal dari jangkaan sebelum ini iaitu penghujung tahun 2007 kepada akhir bulan September 2007. Semoga berjaya!

Ganti Cuti Hari Raya

Esok 28 Julai 2007 adalah hari persekolahan menggantikan Cuti Hari Raya. Semua pelajar dan guru akan bersekolah menggunakan jadual hari Jumaat. Hari persekolahan hari Sabtu ini adalah yang terakhir. Selepas ini tidak ada lagi persekolahan hari Sabtu.

Thursday, July 19, 2007

PROGRAM KEM REMAJA RABBANI

Program ini akan diadakan di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan ini adalah khusus untuk pelajar Islam tingkatan 5 & 6 Atas bermula hari Jumaat 20hb Julai hingga hari Ahad 22 Julai 2007. Program ini akan dikendalikan oleh PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK & SAKSIAH ISLAM (PAKSI). Semua ibubapa pelajar terlibat turut dijemput hadir pada hari Ahad 210707 jam 9.00 pagi untuk bersama mengikuti slot MOTIVASI KELUARGA sebelum membawa anak-anak masing-masing pulang ke rumah. Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat dan siapsiaga pelajar menghadapi peperiksaan SPM & STPM yang akan menjelang tiba.

Pemantauan oleh KPM


SMKKKB telah dilawati wakil dari PPD, JPNSDE dan Bahagian Sekolah KPM pada hari Rabu 18 Julai 2007 bertujuan meninjau pengurusan akademik sekolah. Rombongan dilayan oleh PK1 dari jam 9.00pagi hingga lewat 2.00 ptg. Rombongan terdiri daripada Dr.Madsnliyah Bt Md Jaafar (Bahagian Sekolah KPM), En Dolbaser bin Kasan (JPNSDE) dan En Rozali Mazlan (PPD).

Ujian Penilaian Kali ke 2

Pelajar semua tingkatan telah menjalani Ujian Penilaian Bulanan kali kedua bermula 17hb-19hb Julai 2007. Selama 3 hari ujian ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Tahniah kepada JK Peperiksaan di bawah kelolaan Pn.Siti Noor yang telah menguruskan urusan peperiksaan dalaman dengan begitu baik sekali.

Saturday, July 14, 2007

PROGRAM MOTIVASI & PEMANTAPAN AKADEMIK PELAJAR PMR,SPM,STPM ASRAMA


Satu program motivasi sedang dijalankan bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Program adalah anjuran Pengurusan Asrama SMKKKB dan berlangsung dari 14 - 16 Julai 2007. Program diselenggarakan oleh BUKIT TINGGI BUSINESS MANAGEMENT,KLANG. Slot pertama malam pertama disampaikan oleh CR Tn Hj Hushim Hj Salleh - seorang kaunselor berdaftar/ motivator/ dan juga merupakan Pengarah Urusan BTBM. Program disertai oleh 47 orang pelajar tingkatan 3,5 & 6Atas. Kepada pelajar-pelajar yang terlibat diharapkan akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang akan menjelang tiba.

Tuesday, June 26, 2007

PROGRAM PENYERAHAN LAPORAN PRESTASI AKADEMIK

Program Penyerahan Laporan Pretasi Akademik Pertenghahan Tahun 2007 akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 30 Jun 2007. Semua ibubapa dijemput hadir untuk menerima keputusan peperiksaan anak masing-masing. Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir jam 1.00 tgh. Oleh sebab hari itu merupaka hari persekolahan bagi mengganti cuti Hari Raya tahun ini, semua pelajar dimestian hadir ke sekolah. Selepas sesi penyerahan laporan prestasi akademik pelajar, ibubapa boleh membawa pelajar balik selepas jam 12.00tgh. Namun demikian kepada ibubapa yang berhajat membawa anak mereka balik lebih awal, bolehlah mendapatkan Surat Kebenaran Khas daripada guru tingkatan untuk diserahkan kepada Pengawal Keselamatan di pondok jaga sebagai prosidur keselamatan yang diamalkan di sekolah. Kepada pelajar yang berjaya cemerlang TAHNIAH diucapkan.

Friday, May 18, 2007

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berjaya dilangsungkan pada 16 Mei 2007 Hari Rabu lalu, Majlis dirasmikan oleh YPD PIBG. Kemeriahan majlis diserikan dengan pelbagai acara bermula jam 8 pagi. Perarakan para guru masuk dewan diiringi paluan kompang dan disambut dengan pencak silat budaya melayu. Selepas mendengar ucapan-ucapan perasmian, wakil pelajar dan teks perutusan Menteri dan Pengarah, para guru membaca IKRAR GURU dan nyanyian lagi GURU MALAYSIA. Majlis berhenti rehat dan sambung jam 10 dengan acara berasingan untuk guru lelaki dan wanita. Guru lelaki terlibat dalam acara sukaneka yang dikendalikan oleh PERTINAM sementara guru wanita berkumpul di dewan untuk acara jalinan kasih guru dan pelajar. Bermula jam 11 pagi acara persembahan di dewan dimeriahkan dengan persembahan BORIA GURU yang mendapat sambutan hangat para pelajar. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar bagi menghiburkan para guru. Acara berakhir dengan majlis jamuan yang turut disertai AJK PIBG. Pihak sekolah berterima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan komitmen bagi menjayakan Sambutan Hari Guru 2007. 'GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG. TERIMA KASIH CIKGU."

Pendaftaran Tingkatan 6

Sebilangan pelajar lulusan SPM telah mendaftar ke SMK Bestari KKB pada 15 Mei 2007. Kini mereka sedang melalui program suaikenal yang dikendalikan oleh Kaunselor sekolah. Pelbagai aktivti telah diatur dijadualkan berakhir pada 25 Mei 2007. Dijangkakan lebih ramai akan mendaftar selepas kepastian kemasukan ke IPTA tempatan diketahui dalam minggu depan. Kepada pelajar Tingkatan 6 Bawah dari SMK diucapkan SELAMAT KEMBALI dan yang berpindah dari sekolah lain diucapkan SELAMAT DATANG ke SMK Bestari KKB. "Sekolah Cemerlang dan Berkualiti".

Monday, May 7, 2007

TRAFIC ALERT!!!BERHATI-HATI DI JALANRAYA

Hi Everyone, I want to bring a very serious matter to your attention: This has happened to three of our staff members in the last two weeks.The hi-jackers throw eggs at your vehicle's windscreen, hoping that you will slow down and put your wipers on. Once you put your wipers on, you cannot see a thing. This is just what the hi-jackers want. They stand a few meters away, and once you have pulled over, they attack you and take your car. Maybe even your life. In the event of this happening to you, just keep going. Open your window slightly, put your head out the window for vision, and just keep on driving, until you are in a safe place.
PS:Kindly forward to all you know. It may just save somebody's LIFE.Karen, PJ

CUTI DATANG LAGI

Kita semua akan bercuti mulai 25hb Mei 2007 hingga 11 Jun 2007 (14 hari - 2 minggu) - lama tu. Jadi kepada para pelajar, masa inilah nak berehat tetapi bukan pulak boleh rehat terus-terusan sebab perjuangan belum selesai. Nun peperiksaan PMR, SPM, STPM menanti di hujung sana. Gunakanlah kesempatan ni untuk mengulangkaji, pergi tusyen khas, hadiri seminar - insyaAllah pasti berjaya. All the best - SMK Bestari Hebat - pelajarnya pasti BOLEH!

TAWARAN ISTIMEWA

Untuk dijual ....
1. Spare part Notebook Acer TravelMate 507DX... LCD, ram, Keyboard, bateri, charger, beg atau apa saja yang perlu diganti dengan harga yang jauh lebih murah yang dijual di Imbi atau Low Yatt (tidak termasuk servis. Jika berhajat sila hubungi saya 0136022095.

2. Majalah GILA-GILA tahun 1980...siap binding dari Januari - Disember. Harga--- boleh dirunding.

TIPS KELUARGA BAHAGIA akhir

Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

TIPS KELUARGA BAHAGIA 5

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA ... Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak Dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi NabiIbrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan Alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

TIPS KELUARGA BAHAGIA 4

HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

TIPS KELUARGA BAHAGIA 3

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

TIPS KELUARGA BAHAGIA 2

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekormata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

TIPS KELUARGA BAHAGIA 1

APA PUNCA ANAK DERHAKA Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau,anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Sambungan pemantauan makmal

Hari kedua kami ke SK Kalumpang, SK Hulu Bernam, SK Sg Selisik dan SK Gedangsa. Sampai agak awal pagi, dapat juga berjumpa dengan guru-guru lama di situ sembang-sembang sambil minum. Dalam pada itu ternampak pelajar SMK Kalumpang lari keluar sekolah. Kata cikgu kat situ kerap juga perkara ni berlaku tapi kami tak kisah!!! Di SK Hulu Bernam makmal baru ....jadi semuanya nampak ok la dari segi fizikal. Benda baru cantik le ! Di Sg Selisik biasa je. Dah agak tengahari sampai ke SK Gedangsa. GBnya tak ada...ingat tak kesampaian nak jumpa member lama. Lepas selesai pantau makmal, apa lagi diajak PKnya makan tengahari. Baru nak melangkah balik terserempak juga dengan GB, Cikgu Suhaimi Ramly..dah panjang la cerita. Dah lama tak jumpa la katakan. Tapi dek kesuntukan masa...kami beredar lebih awal, lagipun GB tengah nak sibuk selesaikan urusannya hari itu.Untuk hari ketiga, saya bersama Cikgu Muslimin pergi ke sekolah-sekolah sebelah selatan pula...Ikuti seterusnya....

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Sudah sah .... jadual sudah diedarkan, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada 10 Mei 2007...Selaras tau satu daerah. So....yang terlibat secara langsung - guru dan pelajar - harap sudah bersedia. Do your very best...walaupun sekadar ujian dalaman...sebab sedikit sebanyak menggambarkan berapa baik persediaan anda menghadapai peperiksaan sebenar. So....Good Luck dan semoga berjaya. ANDA BOLEH!

Friday, April 27, 2007

Penilaian dan pemantauan Makmal Komputer sekolah rendah daerah Hulu Selangor telah berjaya dilakukan oleh saya bersama Penyelaras PKG Kalumpang, Sdr Wahi pada 23 & 24 April 2007. Kami bermula dengan SK Seri Fajar. Tak sangka pula untuk sampai ke sana begitu mudah dan cepat melalui tol Bk Sagar. Perjalanan mengambil masa skit lebih 1 jam....jauh lebih baik drp melalui jalan biasa. Dari situ kami bertolak ke SK Sg Tengi...tak jauh juga..blum sempat habis cerita dah sampai. Kemudian kami ke SK Kg Soeharto. Sebab dah kenyang makan di SK Sg Tengi, tak la kami makan lagi di SK Kg Soeharto walaupun berkali-kali dipelawa Guru Besarnya. Hampir tengahari kami bergerak ke SK Kledang. Nasib kami baik kerana jalan ke sana agak baik.....tidak hujan. Dengar ceritanya seblum ni jalan situ teruk berlubang-lubang sampai ada kereta tersangkut. Tapi tak kisah la tu....akhirnya misi kami telah selesai. Kami boleh la lama skit kat situ sebab tugasan hari tu dah selesai. Esoknya 240407 kami ke SK Kalumpang, SK Hulu Bernam, SK Sg Selisik dan SK Gedangsa. Ceritanya akan bersambung.....

Salam Perkenalan

Dari meja Guru Penyelaras Bestari, SMKKKB...ingin mengalu-alukan kesudian surfers untuk mengetahui lebih lanjut tentang SMKKKB. Sebagai sekolah bestari ada satu laluan lain yang boleh anda layari iaitu http://bestari.tmsmartschool.com.my - dimana pelbagai maklumat terkini boleh didapati. Selamat 'surfing'.