Saturday, March 31, 2012

LADAP 2


Sabtu,31.3.12 - Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke2 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB. Pengisian utama ialah Sistem Pengurusan Mesyuarat yang disampaikan oleh Sdr Nazzary, Ketua Kerani sekolah. Sebelum itu taklimat Sistem Taksiran STPM yang baru disampaikan oleh Pen Kanan Tingkatan 6, Tn Hj Rohaizad bin Mokhtar. Slot kedua taklimat Sistem E-Operasi yang baru dan perlu diselesaikan sebelum tarikh akhir 31 Mac 2012. Slot akhir merupakan penerangan mengisi Buku Rekod Mengajar mengikut keperluan SPSK.

Tuesday, March 27, 2012

Tiada hujan banjir mengejut...





Selasa, 27.3.12 - Terlupa tutup kepala air, terlupa nak check masa balik... akibatnya air melimpah dan bertakung dalam seluruh bilik pengurusan, merosakkan apa saja yang ada di lantai. Tiada saluran air, lantai pun tidak landai... air pun bertakung semalaman. Perlukah ada singki di bilik pengurusan? Itulah yang menjadi persoalan sekarang...!!!

Monday, March 26, 2012

Minggu 12 Mac 2012

Minggu 12 Bulan Mac 2012 bermula 26.3.12 hingga 30.3.12. Guru bertugas minggu ini: Us Inayah & Us Juariah. Tajuk : Vandalisme perosak harta sekolah
Isnin, 26.3.12 -
1. Pencerapan
2. Post mortem Ujian Pencapaian PPU
3. Kelas tambahan PPU
4. Ops Spot Check
Selasa, 27.3.12 -
1. Kelas tambahan PPU
Rabu, 28.3.12 -
1. Pencerapan
2. Gotong Royong Perdana
3. Unit Uniform & Sukan/Permainan
4. Aktiviti Pengakap Kelana / Sukan & Permainan
Khamis,29.3.12 -
1. Mesy AJK Aset Alih Kerajaan
2. Pencerapan
3. Kaunselling Kerjaya PPU
4. Kelas tambahan PPU
Jumaat, 30.3.12 -
1. Kursus MKP 2
Sabtu, 31.3.12 - LADAP

Saturday, March 24, 2012

SALAM TAKZIAH


Sabtu ,25.3.12 - 8.30 malam - SM3KB kehilangan seorang lagi staf iaitu Pn Sarina bt Mohd Anip (penyelia Asrama) yang telah kembali ke Rahmatullah setelah lebih 2 minggu berada dalam ICU di Hospital Selayang. Takziah buat keluarga arwah daripada seluruh warga SM3KB khususnya penghuni asrama yang telah kehilangan seseorang yang sangat disayangi. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama roh-roh para solehah. Al-Fatihah.

Wednesday, March 21, 2012

KEPUTUSAN SPM 2011

Keputusan SPM yang diumumkan hari ni sekali lagi membanggakan warga SM3KB apabila 14 calon telah memperolehi Straight A. Wong Oi Shin telah mencatat keputusan 11A+ menjadikan GPS 3.95 berbanding 4.20 tahun 2010. Peratus kelulusan ialah 98.33% dengan kegagalan BM oleh 3 orang calon. Butiran lanjut menyusul....

Tuesday, March 20, 2012

SALAM TAKZIAH..

Selasa,20.3.12 - Seluruh warga SM3KB merakamkan salam takziah kepada Tn Hj Manap bin Jarkasi, Pengetua Cemerlang sekolah ini atas kehilangan isteri tersayang yang telah kembali ke rahmatullah jam 5 pagi tadi. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama roh-roh para solehah... Alfatihah.

Monday, March 19, 2012

MINGGU 12 BULAN MAC 2012

Minggu ke 12 bulan Mac bermula 19.3.12 hingga 23.3.12. Guru bertugas minggu ini Cikgu Husniza & Cikgu Ili Syahirah. Tajuk " Berbudi bahasa amalan kita".
Isnin,19.3.12 -
1, Perhimpunan
i. kelas terbersih -T3S, 5 G dan PPU Siber
ii.taklimat guru disiplin - unit lewat hadir ke sekolah
2. Kelas tambahan PPU
Selasa,20.3.12 -
1. Mesy MPKA
2. Diskusi kefahaman Islam PPU
Rabu, 21.3.12 -
1. POST MORTEM SPM 2011
2. Aktiviti kokurikulum - Kelab Akademik & kelab sukan/ permainan
3. Aktiviti Kelab Akademik / Sukan PPU
Khamis, 22.3.12 -
1. Mesyuarat JK Pengurusan
2. Mesy JK PBS
3. Kelas tambahan PPU
4. Mesy Makept
5. Ops sensitif
Jumaat, 23.3.12 -

Thursday, March 15, 2012

Penyerahan peralatan sukan..

Rabu, 14.3.12 - Seperti dijanjikan dalam kontrak pembinaan padang SM3KB, kontraktor binaan bersama pihak JKR yang diketuai Jurutera Daerah bersama Sdr Zawawi dr PPD -penyerahan peralatan sukan telah berlangsung awal pagi tadi. Peralatan terdiri daripada 10 biji bola latihan, 2 biji bola kulit, tiang garisan, pump, tiang gol & jaring.

Monday, March 12, 2012

Tumbang sudah tempat bergayut....

Kerja-kerja menebang sepohon pokok yang berumur lebih 60 tahun berakhir hari ini. Proses mengambil masa 3 hari selesai dengan jatuh menyembah bumi pokok tempat bergayut dan berteduk sang langsuir selama ini.... ada orang kata la!!! Semuanya perlu dilakukan kerana pokok sepohon ini telah merosakkan bangunan bersebelahannya dan membahayakan warga sekolah yang terdedah kepada risiko dihempap dahan pokok yang rapuh ini. Apakah ada anak warga SM3KB akan diganggu selepas daripada ini? Adakah jeritan-jeritan histeria akan berlaku lagi selepas ini?

Monday, March 5, 2012

Minggu 10 Bulan Mac 2012

Minggu ke 10 bulan Mac bermula 5.3.12 hingga 9.3.12. Guru bertugas minggu ini Cikgu How Lee Fonf & Cikgu Hor Wai Yee. Tajuk : Persediaan Peperiksaan.
Isnin 5.3.312 -
1. Perhimpunan -
a. penyerahan sijil 5 Bintang,
b. penyampaian sijil penyertaan Debat tanpa henti anjuran Utusan-Uitm pada 24/11/11-3/12/11 di sertai oleh NurAdha Hakim, Nurul Inani Aisyah, Mohd Ridzwan, Norzatul Bardah, Mohd Asyraf & Ainie Mardiah,
c. penyampaian hadiah golf - Vikneswaran & Sheikh Muhammad Haasif
d. penyampaian hadiah badminton - Nuren Nabilah & Nur Amerah.
2. Ujian pencapaian PPU
3. Mesy JK Disiplin
Selasa,6.3.12 -
1. Ujian pencapaian ting 1-6
Rabu, 7.3.12 -
1. Ujian pencapaian ting 1-6
2. Perjumpaan Unit Uniform -dibatalkan
3. Perjumpaan Kelab Permainan/Sukan - dibatalkan
4. Aktiviti Pengakap Kelana - dibatalkan
5. Aktiviti Kelab Permainan PPU - dibatalkan
6. Mesyuarat JK PIBG
Khamis, 8.3.12 -
1. Mesy Jk Kewangan
2. Mesyuarat Jk Pengurusan Sekolah
3. Ujian pencapaian 1-6
Jumaat, 9.3.12 -
1. Ujian pencapaian 6