Thursday, December 29, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN HEM & KOKURIKULUM

Khamis - Mesyuarat sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB dipengerusikan oleh Pn Maniza Yusof - Pen Kanan HEM. Perkara-perkara yang disentuh :
1. Taklimat Pengurusan HEM
2. Analisis kes penting kelas dan ponteng sekolah - cadangan penalti ponteng kelas 5 mata - 2 kali ponteng 10 mata - boleh dirotan.
3. Penubuhan JK Sekolah Penyayang.
4. Salinan edaran penalti untuk rujukan guru.
5. Pendaftaran Asrama - 2/01/2012 - di Asrama SM3KB.
6. Pendaftaran Pelajar Ting 1 - 3/01/2012 - di Dewan Bestari SM3KB - tiada pembayaran yuran tapi dijalankan orientasi, buku teks dan pembelian peralatan di koperasi.
11 pagi - Mesyuarat Unit Ko-kurikulum dipengerusikan oleh Pn Wan Shamsiah bt Wan Yusof. Agenda menyentuh pelbagai perkara yang biasa seperti tahun-tahun lalu serta perkara baru termasuk:
1. Sistem penalti tidak hadir ke aktiviti kokurikulum.
2. Rekod kehadiran ke aktiviti kokurikulum - pelajar dan guru.
3. Perancangan aktiviti tahun 2012 -
i. Pemakaian uniform minggu ke3 setiap bulan - 16/1- KRS, 13/2 - Kadet Polis, 16/4 -Pengakap, 14/5 -Pengakap Kelana , 18/6 -Kadet Bomba, 16/7 -PPIM, 17/9 - PBSM, 15/10 -Pengakap Kelana.
ii. Pemakaian Uniform setiap hari Rabu bermula 5 Januari 2012
iii. Kejohanan Merentas Desa 13 Januari 2012
iv. Kejohanan Sukan - 22 Jun 2012
v. Hari Anugerah Kokurikulum 30 Ogos 2012
Agenda ke 3 - pembentangan pengurusan PPU oleh Tn HJ Rohaizad MokhtarLink
Agenda akhir- mesyuarat KESTAF - perubahan berlaku pada JK Kestaf... maklumat lanjut di http:://kestafsm3kb.blogspot.com atau klik di sini
Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30tgh.

Wednesday, December 28, 2011

SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Taklimat telah disampaikan dengan terang dan jelas oleh Ketua Kerani. Semua penjawat awam diminta menyatakan persetujuan menerima SBPA atau menolak tawaran untuk kekal dalam SSM sebelum 30 Disember 2011. Terdapat 2 borang tawaran yang berasingan untuk ditandatangani - borang terima SBPA atau kekal pada SSM dan borang bersara pada umur 60 tahun atau kekal pada 55,56 atau 58 tahun. Itu saja... paling senang dan mudah difahami. Pokoknya semua perlu tandatangan segera supaya perubahan gaji baru bermula Januari 2012. Kepada yang ada pertanyaan dan perlu penjelasan yang lebih jelas, pasal kenaikan gaji dsbnya yang berkaitan perubahan sistem ini, sila berjumpa terus dengan En Nazzary di pejabat sekolah.APA PUN ALASANNYA PERLU TANDATANGAN SEBELUM 30 DISEMBER 2011 atau secara otomatik dianggap tidak menerima tawaran SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) ini dan kekal dalam SSM..

MESYUARAT GURU 1/2012






Mesyuarat Guru kali pertama untuk tahun 2012 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB. Agenda mesyuarat termasuk:
1. Perancangan mencapai keunggulan tahun 2014 yang perlu dilaksanakan tahun 2012.
2. Penyampaian Sijil Penghargaan Capaian Cemerlang PMR 2011.
3. Makluman terkini Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - tarikh akhir membuat pilihan 30.12.11.
4. Dasar KPM - tawaran baru untuk pengurusan sekolah, Sekolah Berprestasi Tinggu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Mertabatkan BM kukuhkan BI...
5. Memperincikan Buku Pengurusan Sekolah 2012
6. Taklimat Pengurusan Sekolah Bestari

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT DATANG GURU BARU

Selamat Datang ke SM3KB kepada Pn Nora bt Ramli Pn Nurul Imah bt Ibrahim danPn. Jamariah bt Ahmad. Turut akan berada bersama warga SM3KB awal tahun 2012 ialah 3 orang guru pelat ih dari UNISEL - Susanti Rani Rajoo , Varankumar & Muhammad Danish bin Mohd Johari .Selamat bertugas di SM3KB.

MESYUARAT KURIKULUM 1/2012

Selasa Mesyuarat Guru - Kurikulum telah diadakan pada hari ini menggantikan Mesyuarat Guru -Pengurusan yang ditunda ke hari esok atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apa pun pertukaran ini tidak menjejaskan sistem pengurusan sekolah asalkan semua urusan mesyuarat dapat diselesaikan dalam minggu ini seperti yang dirancangkan. Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mesyuarat ini adalah agenda yang perlu dihadiran oleh setiap individu yang mengaku dirinya seorang guru sejati DAN mesyuarat ini juga adalah MAJLIS RASMI. Jadi seharusnya etika berpakaian elok diambil berat bagi menjaga imej SMK Sekolah Bestari Perdana.

Thursday, December 22, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011




Khamis, 22 Disember 2011.
Pengumuman keputusan PMR 2011 menggembirakan semua pihak apabila SM3KB berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dengan peratus kelulusan 91.36% dan berjaya meningkat bilangan mendapat straight 'A' seramai 31 orang berbanding 2010 - 16 orang dengan menurunkan GPS kepada 2.0. Pecahan calon straight A ialah 9 calon mendapat 9A, 21 mendapat 8A dan 1 mendapat 7A. Butiran lengkap akan menyusul...