Monday, July 25, 2011

Minggu 27 Julai

Minggu 27 bulan Julai mulai 25.7.11 hingga 29 Julai 2011. Guru bertugas minggu ini ialah Cikgu Saniah & Cikgu Shafizan.
Isnin,25.7.11
1. Perhimpunan
2. Ujian pencapaian 2
3. Mesyuarat Biasiswa 2
4. Kejohanan Olimpik Muda MSSD
Selasa,26.7.11 -
1. Ujian pencapaian 2
2. Mesyuarat JK Pengurusan Sekolah
3. Mesyuarat JK PSS
4. Mesy Disiplin Daerah 2
Rabu,27.7.11 -
1. Ujian pencapaian 2
2. Mesyuarat guru
Khamis 28.7.11-
1. Ujian Pencapaian
2. Mesy JK PBS
3. Mesy Khas JK Asrama - merancang aktiviti Bulan Ramadhan
Jumaat,29.7.11-
Sabtu, 30.7.11 - Pertemuan khas bersama waris penghuni asrama

Monday, July 18, 2011

Minggu 26 JULAI



Minggu 26 bulan Julai bermula 18.7.11 hingga 22.7.11. Guru bertugas minggu ini Cikgu Norhayati dan Cikgu Sakila.
Isnin,18.7.11 -
1. Perhimpunan - Pelancaran Kempen Kebersihan anjuran Panitia Sivik & Kewarganegaraan & Penyampaian Hadiah kepada Koir Sekolah berjaya mendapat tempat ke 5 daripada 20 sekolah seluruh Selangor (lagi gambar di sini)
2. Mesyuarat JK Disiplin
Selasa,19.7.11 -
Rabu, 20.7.11-
1. Interaksi Unit Uniform / Kelab Persatuan
Khamis,21.7.11 -
Jumaat,22.7.11-

Monday, July 11, 2011

MINGGU 25 - JULAI




Minggu 25 bulan Julai bermula 11.7.11 hingga 15.7.11. Guru bertugas minggu ini : Cikgu Ruslinda & Cikgu Ruzita.
Isnin,11.7.11
1. Perhimpunan - perbarisan PPIM
(lagi gambar di sini )
2. Mesyuarat Panitia
Selasa, 12,7.11
1. Mesy Panitia
2. Mesyuarat JK Kantin
Rabu, 13.7.11 -
1. Mesy Panitia
2. Penggambaran Sesi 2 - Unit Uniform / Kelab / Persatuan - 9 pagi
3. Interaksi Kelab/Persatuan
Khamis,14.7.11 -
1. Penggambaran Sesi 2 - MKP, MKPA, PSS, PRS, Briged Bestari
2. Mesy JK Peperiksaan
3. Mesy 3K/Perabot
4. Mesy Panitia
5. Majlis Solat Hajat & bacaan Yassin di Asrama Sm3KB
Jumaat,15.7.11 -
1. Mesy Panitia
Sabtu,16.7.11 -
1. Perkhemahan PBSMlagi gambar di sini

Saturday, July 9, 2011

Program LADAP - PERASA



9.7.11 - Sabtu - Sementara orang lain berehat pada hari Sabtu seperti ini, staf SM3KB sedang menjalani Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) berkaitan PERASA. Program diselenggarakan oleh sebuah konsultan. Kehadiran hampir mencapai 100% kerana ada 3-4 yang tidak hadir. Program melibatkan guru, staf sokongan dan guru pelatih UPSI. Majlis bermula 8.30 pagi telah berakhir pada 5 petang. Pengisian yang bernas dan menguntungkan untuk muhasabah diri. Lagi gambar di sini

Monday, July 4, 2011

MINGGU 24 JULAI

Minggu 24 bulan Julai bermula 4.7.11 hingga 9.7.11. Guru bertugas minggu ini :Cikgu Rozlinna & Cikgu Ruslinda
Isnin, 4.7.11 -
1. Perhimpunan
2. Mesyuarat JK Kurikulum
3. Haraoan Unggul Ting 3,5, & PPUA
Selasa, 5.7.11 -
1. Mesyuarat JK Pengurusan Sekolah
Mesyuarat Panitia 3
Rabu, 6.7.11-
1. Mesyuarat Panitia 3
2. Taklimat & Dialog SKSLK PPU A
3. Taklimat BKPU
4. Interaksi Unit Uniform / Kelab Permainan
5. Pertemuan Mentor-Mentee Asrama (laporan di http://asramasm3kb.blogspot.com )
Khamis, 7.7.11 -
1. Mesy Panitia 3
Jumaat, 8.7.11 -
1. Mesyuarat Panitia 3
Sabtu, 9.7.11 -

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan

Sabtu,2 Julai 2011 - Perhimpunaan untuk menjalankan acara yang diarahkan ini telah dapat diadakan dalam keadaan tenang walaupun tidak nampak apa signifikannya acara dengan program yang dimaksudkan. Pengalaman murid sekolah menyertai gerak kerja koku - 1 unit uniform, 1 kelab /persatuan akademik & 1 kelab sukan telah lama dilaksanakan. Tapi kalau ada benda lain yang nak dikejar, berpuashatilah dengan laporan berikut :
Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar. Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran di Taiping pagi ini. Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara. Pada majlis pelancaran, timbalan perdana menteri juga selain melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping menyertai larian itu. Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping. Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak. Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta. Turut menyertai Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Pada ucapan semasa merasmikan program tersebut, Muhyiddin turut menekankan bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional. "Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya. Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Sementara itu, pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing.