Monday, August 30, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI










Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi telah dilangsungkan hari ini Isnin 30 Ogos 2010 di Astaka SM3KB. Sambutan ini bertujuan menyemai rasa kecintaan kepada tanah air, menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin kemerdekaan,mengukuhkan kerjasama dan semangat muhibbah di kalangan murid pelbagai kaum. Acara dimulakan dengan tabik hormat Unit Beruniform dipimpim Puteri Islam, ucapan dan persembahan ringan - sajak oleh guru-guru terpilih. Majlis berakhir dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang & 31 Ogos.

Minggu 32


30 Ogos hingga 3 September 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Siti Khatijah & Cikgu Siti Noor
30/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan 53
31/08/10 (SELASA) - CUTI HARI MERDEKA KE 53
1/09/10 (RABU)
2/09/10 (KHAMIS)
1. Taklimat Hari Kokurikulum - langsung pada 21 /09/ 10
2. Taklimat Jamuan Hari Raya Perdana langsung pada 21/09/10
3. Mesyuarat JK Jubli Emas
3/09/10 (JUMAAT) -
1. Majlis Khatam Quran (untuk murid Islam T1 & 2)
2. Pertandingan Membina Tanglong (untuk murid Cina T1&2)
3. Pertandingan Kolaj (untuk murid India T1 & 2)

Thursday, August 26, 2010

Mesyuarat Jubli Emas

Mesyuarat gabungan PIBG-ALUMI sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB bagi memutuskan beberapa perkara berhubung Sambutan Jubli Emas - lebih tepat Makan Malam pada 25 September 2010. 2 lagi aktiviti terpaksa ditunda sebab masalah teknikal. Meja untuk tempahan sudah mula dijual dengan harga RM500, RM1000 dan RM2000. Sila rujuk weblog http://www.alumnism3kb.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

SELAMAT KEMBALI !!!

Selamat kembali bertugas di SM3KB kepada Tn Hj Manap bin Jarkasi yang telah pindahkan semula ke sekolah ini dari SMDHK. Selepas meninggalkan SM3KB selama hampir 17 bulan, beliau telah diminta untuk pindah semula ke sini untuk memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru yang layak untuk menjadi pengetua di SMDHK.
Termenung unggas didahan mati,
kerana tugas arahan dituruti.

Monday, August 23, 2010

Minggu 31

23 Ogos hingga 27 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Shirine
23/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Majlis perpisahan Pengetua Pn Mazmin bt Mohd
2. Majlis Iftar di Asrama SM3KB
24/08/10 (SELASA)
25/08/10 (RABU)
Perhimpunan khas - sambutan kembalinya pengetua ke sekolah ini.
26/08/10 (KHAMIS)
27/08/10 (JUMAAT)
CUTI NUZUL QURAN

Monday, August 16, 2010

MINGGU 30

16 Ogos hingga 21 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Shafizan
16/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan -
2. PMR Percubaan
17/08/10 (SELASA)
PMR Percubaan
18/08/10 (RABU)
PMR Percubaan
19/08/10 (KHAMIS)
PMR Percubaan
20/08/10 (JUMAAT)
PMR Percubaan
21/08/10 (SABTU) - Hari Persekolahan ganti cuti Deepavali

Monday, August 9, 2010

Robotik Cemerlang

Pasukan Elit Robotik telah berjaya menggondol kesemua kategori yang dipertandingkan di Pertandingan Robotik Negeri Selangor Kategori Terbuka iaitu Persembahan Terbaik, Mentor Terbaik dan Keseluruhan Terbaik pada 5 Ogos 2010 di Pusat Sains Negara. Ini bermakna Pasukan Robotik SMK Kuala Kubu Bharu akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan yang akan diberitahu lokasi dan tarikhnya. Tahniah & syabas kepada semua yang terlibat.

Sunday, August 8, 2010

Minggu 29

9 Ogos hingga 13 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Salina & Cikgu Saniah
09/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Pelancaran Bulan Kemerdekaan & PSS
2. Ujian pencapaian PPU Bawah
10/08/10 (SELASA)
11/08/10 (RABU)
12/08/10 (KHAMIS)
13/08/10 (JUMAAT)

Perkhemahan RIMUP - sukses

Perkhemahan RIMUP yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum yang mewakili Unit Uniform masing-masing berakhir petang tadi dengan jayanya. Bermula pagi Jumaat rombongan bertolak dari SM3KB menaiki bas Yayasan Selangor dan 2 buah trak PDRM. Sesampai di Pusat Lstihan Belia, Bukit Lagong, Gombak - aktivti-aktiviti yang dirancang telah bermula. Semua aktiviti-aktivti dikendalikan oleh Jurulatih dari pusat berkenaan. Pada hari pertama rombongan telah mengadakan sesi ICE BREAKING sementara sebelah malamnya, mereka telah meredah hutan disekitar kawasan Bukit Lagong. Esoknya Sabtu aktiviti yang lebih mencabar seperti memanjat bukit tiruan, absailing dan sebelah malamnya persembahan pelajar. Dan hari ini setelah hampir 4 jam menjalan aktiviti larian berhalang dan beremdah dalam kolam, majlis penutup telah disempurnakan oleh PK En Abdul Azia bin Mohamad Yussof dengan penyampaian banyak hadiah-hadiah untuk peserta. Pengrusan dan pelaksanaan perkhemahan ini adalah dibawah Kem Komandan En Elongavan dan dibantu oleh 10 orang guru yang turut berada di tapak perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam perkhemahan RIMUP 2010.

Monday, August 2, 2010

MINGGU 28

2 Ogos hingga 7 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Saaey & Cikgu Sakila Bibi
02/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan / Taklimat guru
2. Ujian pencapaian
03/08/10 (SELASA)
1. Ujian pencapaian
2. Bolasepak Pra-Olympik B14 - Keputusan: SM3KB Naib Johan.
04/08/10 (RABU)
1. Ujian pencapaian
05/08/10 (KHAMIS)
1. Ujian pencapaian
06/08/10 (JUMAAT)
1. Ujian pencapaian
07/08/10 (SABTU)- Hari persekolah ganti cuti Raya
1. Kem Rabbani - Desa Selesa, Kalumpang
2. Perkhemahan RIMUP - Bukit Lagong
3. Motivasi
4. Mesyuarat guru PPU
5. Kabbadi di SMDHK