Sunday, July 25, 2010

Minggu 27

26 Julai hingga 30 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Ruslinda & Cikgu Ruzita
26/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - perbarisan Puteri Islam
2. Gerak Gempur PMR
27/07/10 (SELASA)
1. gerka gempur PMR
28/07/10 (RABU)
1. Gerak gempur PMR
1. Aktiviti Kokurikulum -Hari Bebas Denggi
29/07/10 (KHAMIS)
1. Gerak gempur PMR

30/07/10 (JUMAAT)
1. Gerak gempur PMR

Friday, July 23, 2010

JAMUAN MERAIKAN PELBAGAI

Jamuan bulanan KEstaf pagi ini untuk meraikan guru-guru yang dapat APC, cemerlang,lulus PTK, staf baru masuk, guru kembali semula, guru2 tak sihat nampak dah nak normal, sambut hari lahir dsb. Makan mudah tapi kenyang juga.

Tuesday, July 20, 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah

Ucapan tahniah kepada 2 orang guru yang telah menerima surat pengesahan sebagai Guru Cemerlang DG48. Guru terlibat Cikgu Mohd Diah Arjan dan Cikgu Hjh Siti Faridah Ayub. Mereka kekal mengajar di SM3KB. Makanya akan berlaku lagi rombakan dalam pengurusan sekolah atas kekosongan jawatan PK Kokurikulum.

Monday, July 19, 2010

MINGGU 26

19 Julai hingga 23 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Rozaidy & Cikgu Rozlinna
19/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Perasmian Kempen Sopan Santun - Senyum & Salam
20/07/10 (SELASA)
1. Taklimat guru
21/07/10 (RABU)
1. Aktiviti Kokurikulum - Unit Uniform
2. Karnival Sukan PPU
2. Latihan SAP
3. Klinik Ragbi
22/07/10 (KHAMIS)
1. Klinik Bolasepak
23/07/10 (JUMAAT)
1. Klinik Bolasepak
24/07/10 (SABTU)
Mesyuarat Guru Terpilih.
Minggu Depan Isnin - Perhimpunan - Pakaian lengkap Unit Uniform - Puteri Islam
27-28 - Explorace Pertanian di Dewan Merdeka
28 - Karnival Ko Kurikulum Hari Bebas Denggi
5-7 Ogos - Perkhemahan RIMUP

Wednesday, July 14, 2010

PENTAULIAHAN PEMIMPIN KADET POLIS

Majlis Pentaulihan Pemimpin Kor Kadet Polis Hulu Selangor telah berlangsung pagi tadi di Akademi Bomba dan Penyelamatan, Kuala Kubu Bharu. Ucapan perasmian disempurnakan oleh YDH Supt Norel Azmi bin Yahya Affandi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Yang menjadi kebanggaan SM3KB ialah pentauliahan yang diterima oleh Cikgu Abd Rasid - ASP/K, Cikgu Shafizan Othman Insp/K & Cikgu NoorFatmawaty bt Harun Insp/K.

Tuesday, July 13, 2010

MINGGU 25

Minggu 25
12 Julai hingga 16 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Rosli & Cikgu Rosli
12/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan
13/07/10 (SELASA)
14/07/10 (RABU)
1.Hari Kokurikulum - Permainan & Sukan
15/07/10 (KHAMIS)
16/07/10 (JUMAAT)

Saturday, July 10, 2010

Tuesday, July 6, 2010

Julai 6

Selaa - Lewat jam 4 petang serombongan pemantau dari Kementerian Pelajaran (bahagian pembangunan) bersama unit pembangunan JPNSDE dan PPD Hulu Selangor diirngi syarikat konsultan dan kontraktor pembinaan makmal komputer yang baru telah datang untuk membuat pemantauan status bangunan tersebut. Rombongan diketuai En Omar Taib (KPM) telah melawat tapak pembinaan dan kemudaiannya mengadakan sesi perbincangan bagi mengatasi masalah kelewatan menyiapkan kedua-dua makmal komputer tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Syarikat Tok Uban Maju Teguh Sdn Bhd yang berupakan kontraktor yang telah diberi kerja telah berjanji akan menyiapkan pembinaan makmal sebelum tahun 2010 berakhir. Di samping itu untuk menjamin keselamatan persekitaran kawasan sekolah, syarikat akan membetulkan kerosakan yang berlaku serta mematuhi peraturan kerja ketika berada dalam kawasan sekolah. Perbincangan lanjutan akan diteruskan antara syarikat dengan pengetua sekolah dari semasa ke semasa.

Monday, July 5, 2010

Minggu 24

Minggu 24 - 5 Julai hingga 9 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Rosiah & Cikgu Roslah
05/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Majlis meraikan persaraan PPD HS
2. Minggu Suaikenal PPU Bawah.
06/07/10 (SELASA)
1. Minggu Suaikenal PPU Bawah
2. Pemantauan pembinaan makmal komputer baru oleh KPM,JPN,PPD dan konsultan & kontraktor
07/07/10 (RABU)
1. Minggu suaikenal PPU Bawah
2. Hari Kokurikulum - Karnival Sukan
08/07/10 (KHAMIS)
1. Minggu Suaikenal PPU Bawah
09/07/07 (JUMAAT)
1. Hari Penyerahan Kad Penyata T3,5 & PPU A

Sunday, July 4, 2010

Ahad 4 Julai

Langsung dari Ayr keroh Resort. Hari akhir - dipenuhi oleh slot-slot permainan dalam kumpulan bagi meransang pemikiran peserta. Bermula dengan kuliah subuh disampaikan oleh GPB Syed Hassan. Oleh kerana kesuntukan masa, kulia hanya dapat disampaikan selama 20 minit. Selepas sarapan, sesi motivasi minda sehingga ke ahkir program dengan majlis penutup sebelum rombongan bergerak untuk kembali ke KKB.

Saturday, July 3, 2010

Sabtu 3 Julai

DAri Air Keroh Country Resort - Program sedang berlangsung dari awal pagi tadi hingga ke lewat malam. Awal pagi tadi Kuliah subuh dikendalikan oleh Cikgu Mohd diah diikuti dengan senamrobik. Selepas sarapan pagi peserta telah mengikut slot mempelajari Kemahiran Belajar. Slot kedua dijalankan dengan satu lagi cermaah PAc- Parent Adult Child sebelum peserta menjalnak aktiviti KEMBARUN - aktiviti lasak yang memerlukan peserta menjelajah seluruh kawasan resort hingga ke zoo Melaka. Selepas itu sesi INTEAM - membolehkan peserta menilai apa yang telah dilakukan. Sebelum malam berakhir, peserta diberi peluang menunjukkan bakat melalui acara persembahan. Siaran langsung disiarkan via justin.tv

Friday, July 2, 2010

KEM KEUNGGULAN SSAHSIAH & AKADEMIK

Jumaat -2 Julai - Sekumpulan pelajar telah bertolak ke Ayer Keroh Melaka untuk menghadiri program Kem Keunggulan Sahsiah dan Akademik SMKKKB 2010 Fasa 1. Program ini adalah merupakan anjuran bersama pelbagai pihak termasuk UPSI sempena program kebitaraan UPSI-SM3KB. Rombongan telah bertolak pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas. Mereka diiringi beberapa orang guru dan akan dibantu keseluruhan seramai 13 orang guru semuanya. Laporan akan disampaikan dari semasa ke semasa sehingga program tamat pada Ahad 4 Julai 2010.