Friday, April 30, 2010

Kontrak kerja rewiring

Kerja-kerja rewiring, pemasangan lampu dan kipas serta beberapa tambahan power point di 2 blok bengkel akan bermula mulai hari ini mengikut jadual berikut :
30 April - 7 Mei - Bilik Mesyuarat, Bilik Jahitan dan Bilik Masakan.
10 Mei - 14 Mei - Bengel KHB dan stor sukan.
Dengan ini diminta kerjasama guru-guru yang terlibat dengan P&P di kedua-dua lokasi ini akan mengambil perhatian dan tindakan untuk tidak menggunakan bilik atau bengkel pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Kesulitan amat dikesali untuk keselesaan masa depan.

Sunday, April 25, 2010

Minggu 16

Minggu 16 - 26 April hingga 30 April 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Mohan dan Cikgu Mohd Rafizi .
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB.Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
AKTIVITI MINGGU INI IKUT TAKWIM
26/04/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan
2. Taklimat aktiviti minggu ini
3. Mesyuarat Post Mortem PMR
27/04/2010 (SELASA)
1. Mesy. Post Mortem SPM
28/04/2010 (RABU)
1. Mesy JK Kewangan
2904/2010 (KHAMIS)
1.
30/2010 (JUMAAT)

Friday, April 23, 2010

BOWLING KSGSS





Jumaat 23 April - Bertempat di Kelab Golf Bukit Beruntung, Pertandingan Bowling Kelab Sayangi Guru Sayangi Sekolah telah diadakan dari jam 3.00 ptg hingga 5.30 ptg. Penyertaan amat memberangsangkan dari guru-guru SM3KB. Beberapa kategori hadiah telah disediakan hasil sumbangan beberapa pihak termasuk individu dari guru-guru sendiri. Program ini amat berjaya dan telah memuaskan hati semua yang terlibat. Tahniah kepada yang berjaya dan KSGSS sebagai penagnjur program.

Wednesday, April 21, 2010

PROGRAM CELIK ICT - UNIRAZAK

Sekumpulan pelajar IT dari tingkatan 5 dan 4 telah dipelawa menyertai program Celik ICT anjuran Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) pada hari ini. Rombongan berlepas dari pekarangan sekolah menaiki bas ke UNIRAZAK dan sampai pada jam 10.00 pagi. Sesi pengenal telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Maklumat UNIRAZAK - Prof Dr.Syed Maloek F.D bin Syed Mustapha. Seterusnya sesi penerangan peluang kerjaya dalam bidan ICT disampaikan oleh Dr.Kalaivani - yang telah mencelikkan mata pelajar tentang pelbagai peluang pekerjaan yang menanti mereka di pasaran Malaysia pada masa kini. Selepas makan tengahari dan rehat, sesi petang diisi pula dengan penerangan mengelak daripada serangan pengodam (hackers) dan sedikit sebanyak cara-cara pengodam menjalankan kegiatan mereka. Program Slot 1 ini berakhir kira-kira jam 3.30 petang dan rombongan bertolak balik ke KKB dan selamat sampai pada jam 5.00 petang. Slot kedua berupa Seminar ICT yang akan dijalankan di sekolah akan diadakan pada 12hb Mei 2010 (Rabu). Gambar 1 : Bersama Dr Syed Malek Dekan Fakulti Teknologi Maklumat UNIRAZAK. 2. Sumbangan cendahati oleh Dr.Kalaivani (Pensyarah Kanan UNIRAZAK). 3. Gambar pelajar bersama pengelola program.

Tuesday, April 20, 2010

MESYUARAT AGUNG ALUMNI - TANGGUH!!!

Mesyuarat Agung ALUMNI SMKKKB yang dijadualkan pada hari Sabtu 24 April 2010 terpaksa DITANGGUHKAN atas sebab-sebab hari Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 25 April nanti. SMKKKB akan menjadi pusat mengundi disamping pelbagai acara yang akan berlangsung pada hari itu di sekitar KKB yang dikuatiri akan menganggu lalulintas dan perjalanan ke tempat mesyuarat. TARIKH BARU : 15 MEI 2010 (SABTU) DI DEWAN BESTARI SMK KKB. HARAP MAKLUM KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Monday, April 19, 2010

MINGGU 15

Minggu 15 - 19 April hingga 24 April 2010
Guru Bertugas Minggu Ini :Cikgu Majlila & Cikgu Masron.
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB.Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
AKTIVITI MINGGU INI IKUT TAKWIM
19/04/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan
2. Mesyuarat PSS 2
20/04/2010 (SELASA)
1. Mesy JK Kantin
2. Mesy JK Disiplin
21/04/2010 (RABU)
1. Mesy JK 3K
2. Program Celik ICT UNIRAZAK - Lawatan 5 Gigabit(7.30 - 4 ptg)
22/04/2010 (KHAMIS)
23/04/2010 (JUMAAT)

Wednesday, April 14, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Rabu 14 April - Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua pelajar dan guru SM3KB telah berjaya diadakan bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Pembahagian kawasan dengan bilangan pelajar yang mencukupi menjadikan kerja-kerja yang dijalankan lebih tersusun dan berkesan. Ucapan terima kasih pihak pengurusan sekolah kepada semua yang terlibat secara langsung (bekerja semasa gotong royong) dan tidak langsung (menyumbang pokok, bahan dsb) bagi menjayakan program ini. Masih banyak yang perlu dilakukan, makanya gotong royong kali kedua seharusnya diadakan lagi.

Monday, April 12, 2010

MINGGU 14 (12-17 April 2010)

Minggu 14 - 12April - 17 April 2010
Guru Bertugas Minggu Ini :Cikgu Law Eng Tuan & Cikgu Low lai Fun
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB.Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
AKTIVITI MINGGU INI IKUT TAKWIM
12/04/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan -
2. Taklimat - PRogram Gotong Royong
2. Mesy Panitia
13/04/2010 (SELASA)
1. mesy Panitia
14/04/2010 (RABU)
1. Mesy Panitia
2. Gotong Royong Perdana 2.30 ptg
15/04/2010 (KHAMIS)
1. Mesy Panitia
16/04/2010 (JUMAAT)
17/04/2010 (SABTU)
Mesyuarat Jk Kurikulum 2/2010

Saturday, April 10, 2010

DARI AKADEMI BOMBA KKB








Sabtu 10 April - Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SM3Kb telah berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKB yang dirasmikan oleh YB Dr.Hj Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berjalan lancar seperti yang dirancangkan dan berakhir pada kira-kira jam 10.30pagi. Untuk mengisi masa menanti kehadiran perasmi, para hadirin telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia yang dikendalikan oleh ali Briged Bestari. Selepas sesi ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang terus dijalankan dan berhenti sekejap untuk selingan persembahan kumpulan koir yang telah dikenali warga Hulu Selangor. Penyampaian hadiah kepada pelajar lain dieruskan sehingga akhir acara yang dirasakan cukup padat, ringkas dan berkesan. Syabas kepada semua yang terlibat. (Gambar-gambar semasa penyampaian hadiah boleh didapati dalam bentuk 4R dan 8R dengan harga RM20 (termasuk kos penghantaran) Kepada yang berhajat, sila hubungi 013-6022095 untuk tempahan dan penerangan lanjut.)

Thursday, April 8, 2010

Program Hari Ini

8.00 pagi - Seminar Bahasa Inggeris PMR - sedang berlangsung di Dewan Asrama bermula jam 8.00 pagi Seminar dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris SM3KB.

9.00 pagi - Program Belaian Kasih anjuran Lembaga Disiplin Sekolah untuk pelajar puteri bertujuan memberi pendedahan cara-cara mengatasi dan menghindari masalah rogol, cabut dan gangguan seksual. Program melibatkan 70 orang pelajar dari Ting 1-6. Program dijalankan dengan kerjasama PIBG dengan penceramah undangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. Penerangan disampaikan oleh Insp.ZazaDila bt Abd Razak. Turut hadir pegawai seranta PDRM ke SM3KB ASP Salmi bt Abdul Rahman. Sesi dikelolakan oleh Pn Zalita Osman dan Cik Zuraidah Hj Arbaei.

Monday, April 5, 2010

PROGRAM PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2010

Oleh kerana masih terdapat sebilangan kecil murid SM3KB yang tidak menguasai kemahiran membaca dan iannya memberi implikasi kepada murid terbabit menguasai sukatan pelajaran peringkat menengah. Murid terlibat turut tidak mampu menjawab soalan peperiksan secara bekesan. Program ini bermatlamat murid akan dapat mengusai kemahiran membaca, memahami bahan yang dibaca dan mampu memproses bahan yang dibaca. Program ini mensasarkan murid dari tingkatan 1 hngga 4 yang tidak menguasai kemahiran membaca yang akan berlangsung dari bulan April hingga Julai 2010. Keseluruhan program ini menitikberatkan pelaksanaan latihan (selepas bimbingan mengikut kesesuaian) dan ujian setiap 2 minggu. Guru pembimbing akan menyediakan kertas ujian mengikut kesesuaian murid. Guru-guru pembimbing yang terlibat adalah Puan Azlin Sulaiman, Pn Shamisha Mokhtar dan Pn Noratiqah Suhaili Leng Abdullah. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar mendapat sokongan dan kerjasma ibu bapa murid yang terlibat dalam program ini demi masa depan anak-anak mereka dan memberi kesan positif demi meningkatkan prestasi akademik mereka yang terlibat.

Sunday, April 4, 2010

MINGGU 13- 5 hingga 10 APRIL

Minggu 13 - 5 April - 10 April 2010
Guru Bertugas Minggu Ini :Cikgu Juliana dan Cikgu Juraidah
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB.Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
Pengumpulan anak-anak pokok sumbangan pelajar untuk Program Gotong Royong pada 14 April 2010 sepanjang minggu ini.
AKTIVITI MINGGU INI IKUT TAKWIM
05/04/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan -
2. Taklimat JK Pelaksana Hari Anugerah Kecemerlangan
3. Mesy JK Pelaksana Pertandingan Bola Sepak MSSM Daerah Hulu Selangor
4. Penyerahan sijil & dokumen Program Kelas Pemulihan
5. Seminar PMR Bahasa Inggeris
6. Mesyuarat Panitia
06/04/2010 (SELASA)
1. Mesyuarat Panitia
07/04/2010 (RABU)
1. Public Speaking Competition (Asrama)3.30 ptg
2. Mesyuarat Panitia
08/04/2010 (KHAMIS)
1. Program Belaian Kasih (Lembaga Disiplin) 9.0 pagi
2. Seminar Bahasa Inggeris PMR - 8.00 pagi

1. Mesyuarat Panitia
09/04/2010 (JUMAAT)
1. Mesyuarat Panitia
10/04/2010 (SABTU)
PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK di Akademik Bomba & Penyelamar 8.00 pagi - 12.00 tgh

Thursday, April 1, 2010

1 APRIL - KHAMIS




APRIL FOOL?-- bukan ini betul-betul !!! Sekeping gambar untuk menceritakan segalanya.