Sunday, February 28, 2010

MINGGU 9 BULAN MAC

Minggu 9 Bulan Mac 2010
Guru Bertugas Minggu Ini (01.03.2010 - 05.03.2010) Cikgu Fathyiah & Cikgu Hafizha Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB. Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
Aktiviti Ikut Takwim 2010 Minggu 9 Bulan Mac
01/03/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan khas - Persaraan Kaunselor En Ahmad Fauzi bin Mohd Zin
2. Mesyuarat JK Biasiswa/Kebajikan 1
2. 02/03/2010 (SELASA)
1. Mesyuarat JK Kelas Tambahan 1
2. Taklimat Peperiksaan 1.50 ptg
03/03/2010 (RABU)
1. Sambutan Maulidur-Rasul
2.Mesyuarat JK 3K / Perabot/Peng Kelas
3. Program Pemantapan Sahsiah
04/03/2010 (KHAMIS)
1. Mesyuarat Jk SPBT
05/03/2010 (JUMAAT)
1. Mesyuarat JK Nilam
06/03/2010 (Sabtu)
Mesyuarat Agung PIBG - siaran langsung di blog ini.

Thursday, February 25, 2010

STPM 2009

SM3KB berjaya mencapai keputusan 100% dalam STPM 2009, Tahniah kepada semua pelajar dan guru atas pencapaian cemerlang ini. Pelajar terbaik Yong Chee Yik dengan keputusan 4A

TEMASYA KEJOHANAN SUKAN KE 41

Temasya Kejohanan Sukan Sekolah kali ke 41 sedang berlangsung di Dataran Bestari SM3KB. Majlis dirasmikan oleh DSP Bakhtiar yang juga merupakan YDP PIBG sekolah dengan iringan letupan asap berwarna sebagai tanda Temasya Sukan ke 41 dimulakan. Pelbagai acara telah diatur termasuk persembahan teriakan HAKA dan acara balapan yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Acara penyampaian hadiah menutup majlis hari ini kira-kira jam 12.00 tgh ..Sepanjang acara berjalan siaran langsung temasya kali ini boleh ditonton di blog ini. Banyak lagi gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/ Untuk tempahan gambar sila berurusan dengan Pengerusi atau bendahari Briged Bestari.

Monday, February 22, 2010

HARI PERINGATAN ANTI DADAH 2010


Isnin - Perhimpunan pagi hari ini merupakan perhimpunan khas bulanan Unit Uniform kali pertama untuk tahun 2010. Semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam unit masing-masing dalam semangar 1 perjuangan. Sempena dengan Hari Peringkatan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan yang diraikan pada setiap 19 Februari, perutusan khas dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibaca oleh Pn Pengetua untuk perhatian semua guru dan pelajar. Majlis berjalan lancar dan berakhir tepat pada waktu yang ditetapkan
. Lagi gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/ Jika ingin membeli gambar-gambar yang dipamerkan, sila berurusan dengan Pengerusi atau Bendahari Briged Bestari (sila rujuk papan kenyataan Briged Bestari) dengan menyatakan nombor kod gambar.

Sunday, February 21, 2010

MINGGU 8 FEBRUARI

Minggu 8 Februari 2010
Guru Bertugas Minggu Ini (22.02.2010 - 26.02.2010) Ustz.Fadzlun & Cikgu Hjh Faridah Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB. Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
Aktiviti Ikut Takwim 2010 Minggu 8 Bulan Februari
22/022/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan pagi - Unit Uniform
2. Perutusan Hari Peringatan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan 2010 - siaran langsung
2. Pra Sukan
23/02/2010 (SELASA)
1. Pra Sukan
24/02/2010 (RABU)
1. Raptai Perbarisan Sukan
25/02/2010 (KHAMIS)
1. Temasya Kejohanan Sukan Sekolah kali ke 41 - siaran langsung via justin.tv 9.00pg-12.00 tgh
26/02/2010 (JUMAAT) CUTI MaulidurRasul

Friday, February 12, 2010

GONG XI FA CAI !!!

Jumaat 12 Feb - hari akhir persekolahan sebelum cuti 1 minggu mulai esok hingga 21 Feb 2010. Ucapan SELAMAT TAHUN BARU (LUNAR YEAR) - TAHUN HARIMAU kepada semua warga SM3KB yang akan meraikannya.
MINGGU 7 - Cuti - tiada aktiviti.

Sunday, February 7, 2010

KELAB KEBUDAYAAN SM3KB 2010: KONSERT-KONSERT KELAB KEBUDAYAAN

KELAB KEBUDAYAAN SM3KB 2010: KONSERT-KONSERT KELAB KEBUDAYAAN

Sila aktifkan ruang catatan supaya pelawat boleh tinggalkan komen di blog anda. Dicadangkan letak perancangan 2010 di sebelah kanan blog supaya selalu dapat dilihat oleh semua pengunjung.

MINGGU 6 - FEBRUARI

Minggu 6 Februari 2010
Guru Bertugas Minggu Ini (8.02.2010 - 12.02.2010) Cikgu Azura & Cikgu Barathithasan Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB. Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
Aktiviti Ikut Takwim 2010
Minggu 6 Bulan Februari
8/022/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan pagi
9/02/2010 (SELASA)
1. Penyerahan Watikah perlantikan Ketua & Pen Ketua Kelas
10/02/2010 (RABU)
1. Kokurikulum - Unit Uniform - latihan kawad kaki
11/02/2010 (KHAMIS)
1. Mesyuarat JK Majalah Sekolah
12/02/2010 (JUMAAT)
1. Mesyuarat KPK 1

SILA AMBIL PERHATIAN SEMUA PELAJAR & GURU DIMESTIKAN MEMAKAI PAKAIAN UNIT UNIFORM PADA HARI ISNIN 22 FEBRUARI 2010 - pesanan PK Kokurikulum .
KERJASAMA SEMUA PIHAK YANG AKAN MENJALANKAN SEBARANG AKTIVITI DI SEKOLAH ADALAH DIMOHON SUDI APALAH KIRANYA MEMAKLUMKAN KEPADA GPB AGAR AKTIVITI TERSEBUT DAPAT DISEBARKAN MELALUI BLOG INI.

Friday, February 5, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Jumaat, 5 Februari 2010
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah sedang dijalankan hari ini. Bermula jam 8.00 pagi, selepas kehadiran pelajar dicatat, sesi meregangkan otot dipimpin oleh guru pelatih upsi. Sambutan hebat dari guru dan pelajar tidak dapat dinafikan lagi mengambarkan keriangan dan kecerian dalam temasya tahun ini. Peserta memulakan larian dengan kumpulan pertama dilepaskan oleh Pn Pengetua pada jam 9.00 pagi. Tidak sampai 45 minit kemudian peserta pertama telah sampai ke garisan penamat. Acara penutup disempurnakan oleh DSP Bakthiar selaku YDP PIBG sekolah. Acara tamat tepat jam 12.00 tengahari. JK penganjur ini merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang dan ucapan terima kasih kepada PDRM (bahagian trafik) kerana membantu pihak sekolah mengawas lalulintas semasa temasya ini berlangsung. Tidak ketinggalan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayankan temasya merentas desa tahun 2010. Temasya tahun ini disiarkan secara langsung via broadcast justin.tv (Untuk aktiviti-aktiviti lain yang berlangsung di sekolah ini boleh ditonton dengan klik pada TV di ruangan 'tonton live')Lagi banyak gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/

Thursday, February 4, 2010

PENGARAH BARU JPNS


Inilah Pengarah Baru Selangor Mulai 01 Februari 2010. Tuan Sulaiman bin Wak, sebelum ini adalah Mantan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat Datang kepada Tuan Pengarah, semoga kehadiran tuan ke Selangor akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan di Negeri Selangor dan terus menjadi pemangkin untuk pendidikan di Selangor terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Tuesday, February 2, 2010

SUKAN TARA & KEDUDUKAN MATA

Selasa -2 Feb Aktivti Sukan Tara (Ting 1,2 & 3) telah berlangsung pada hari ini. Acara-acara yang dipertandingkan ialah larian 100m, lompat jauh dan lontar peluru. Semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 terlibat secara langsung yang diadakan hari ini bermula jam 8 pagi hingga 10.00 pagi.
Rabu -3 Feb Acara yang sama dipertandingkan oleh pelajar Ting 4,5 dan PPU.
Keputusan kedudukan mata bagi setiap rumah sehingga hari ini
SATRIA - 547 MATA
WIRA - 446 MATA
JAGUH - 540 MATA
WAJA - 402 MATA (keputusan ini tidak termasuk mata sumbangan pelajar Ting 1,2 7 3)