Monday, September 28, 2009

Selamat Kembali

Selamat kembali bersekolah kepada semua yang telah bercuti menyambut Hari Raya. Mood raya masih terasa....ada yang masih bercuti (staf pejabat) sehinggakan suasana menjadi sunyi. Apa pun perjuangan perlu diteruskan. Minggu depan PMR akan bermula. Untuk itu beberapa program telah diatur bagi memantapkan keyakinan dan persediaan akhir calon PMR. Pakej-pakej ulangkaji sedang berjalan, pada hari Khamis 1 Okt 2009 -solat hajat akan diadakan selepas Maghrib di Mesjid Al-Rahimah KKB. Pihak sekolah menjemput semua ibubapa yang mana anak-anak mereka akan menduduki PMR mulai 7 Oktober 2009. Pada hari berikutnya Majlis Restu Ilmu PMR akan berlangsung pada hari Jumaat 2 Okt.2009. Selepas itu TAWAKKALTU ILLALLAH!!!

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H--20 September 2009

Kepada semua kaum Muslimin & Muslimat khususnya Warga SM3kb - TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM, MINAL AIDIL WA FAAZIN .... SELAMAT HARI LEBARAN. Semoga diterima amalan puasa sepanjang Ramadhan dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi 1 Syawal pada tahun-tahun akan datang. Amin

Friday, September 18, 2009

CUTI 10 HARI

Mulai hari ini Jumaat semua sekolah sudah mula bercuti untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Cuti selama 10 hari (18 September -27 September) akan menggembirakan banyak pihak. Namum kepada calon-calon PMR dan SPM dinasihatkan agar jangan terlalu bergembira sehinggan melupakan pelajaran. Peperiksaan sudah hampir. Tahun ini giliran anda untuk berkorban - korban keseronokan berhari raya. Panjang umur tahun hadapan berseronoklah anda dengan meraikan sekali kejayaan cemerlang yang akan anda capai. Doa semua pihak untuk masa depan anda. Amin.

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Quran

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan beberapa acara sempena Ramadhan Al-Mubarak dan hampirnya Syawal 1430H. Bermula dengan siri solat sunat kesyukuran ke Hadrat Ilahi atas apa yang telah dikurniakan selama ini, diikuti dengan majlis khatam Quran dipimpin Cikgu Ahmad Fauzi (Kaunselor) dan berakhir dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar yatim dan kuran kemampuan.
Pada waktu yang sama pelajar Cina dan India menjalakan aktiviti membina sahsiah diri pelajar dengan mengundang penceramah luar.


Wednesday, September 16, 2009

Majlis Penutup Kemerdekaan

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan SM3KB sedang berlangsung pada hari ini Rabu 16 September bertempat di Dewan Gemilang Asrama sekolah. Majlis ini bertujuan menyemai perasaan kecintaan yang utuh kepada negara serta memasyarakatkan pelajar dalam menjana pembentukan jati diri dan penyuburan jiwa besar dalam konteks patriotisme yang positif, praktikal dan dinamik. Seluruh warga SM3KB bertanggungjawab menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan HARI KEMERDEKAAN. Para pelajar khususnya perlu dicorakkan dengan pendidikan patriotisme bagi persediaan masa depan negara agar identiti "KeMalaysiaan" menjadi kebanggaan bersama. Majlis dipenuhi dengan pelbagai acara menarik termasuk mendeklamasi sajak, poem recitation, persembahan koir sekolah dan kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang pertadingan-pertandingan yang dijalankan sebulan lepas.

Friday, September 4, 2009

PEMBANGUNAN DI SM3KB

Beberapa projek sedang dibangunkan dalam kawasan sekolah berupa blok kelas tambahan dan makmal kompute selain daripada 1 blok 4 tingkat, blok asrama tambahan dan rumah guru baru.
TAPAK MAKMAL KOMPUTER TAMBAHAN: (pagar je dulu)
Selepas 4 hari - hari ini 090909 -

TAPAK KELAS TAMBAHAN DALAM PEMBINAAN


4 hari kemudian - hari ini 090909 -

Thursday, September 3, 2009


MAKLUMAT YANG LEBIH JELAS SILA KE http://hitea-smkkkb.blogspot.com/