Wednesday, April 29, 2009

Monday, April 27, 2009

SEMINAR SEDEKAD SEKOLAH BESTARI 2009

Pengetua menerima Sijil Pengiktirafan SM3KB sebagai Sekolah Bestari Penanda Aras.
Pengetua, Pn. Mazmin dan Guru Penyelaras Bestari Tn. Syed Hassan menghadiri Seminar Sedekad Sekolah Bestari Peringkat Kebangsaan 2009 di Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Sebanyak 88 buah sekolah seluruh Malaysia dijemput untuk berkongsi amalan terbaik daripada sekolah-sekolah terpilih yang membentangkan kertas kerja. Seminar ini berlangsung daripada 27 hingga 30 April 2009. Antara kandungan seminar termasuk bengkel untuk mencari resolusi untuk hala tuju sekolah bestari. Acara menarik berlangsung pada 29hb di mana pasuk brass band VI dan SAS telah menunjukkan kehebatan masing-masing. Slot perkongsian kebitaraan beberapa sekolah bestari telah juga diadakan.

PENYERAHAN AKAUN TABUNG HAJI


Majlis Penyerahan Borang Akaun Tabung Haji anjuran Kelab Sayangi Guru Sayangi Sekolah telah dilangsungkan pagi ini semasa perhimpunan pagi. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Ridza, Pengarah Lembaga Tabung Haji Selangor. Beliau telah diiringi oleh Tn Hj Bakaruddin, Pengurus Tabung Haji Daerah Hulu Selangor. Program ini ditaja oleh Kolej Inforana yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Islam sekolah ini membuka akaun Tabung Haji. Semoga program ini akan mencapai hasrat menyemai rasa bangga dan membangkitkan keinginan pelajar dalam menyahut laungan Kaabah di masa hadapan. Program ini juga memantapkan lagi Pemuafakatan SM3KB Bersama Komuniti Luar sempena Sambutan Jubli Emas pada tahun ini.

Friday, April 24, 2009

Selamat tinggal Pelatih UPSI

Berita di www.kestafsm3kb.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2009

Terkini Sticker JUBLI

Dipaparkan semula pilihan sticker cadangan PIBG sempena sambutan JUBLI EMAS tahun ini. Sila beri pandangan / pilihan yang sesuai sebelum dicetak. Semua pandangan /cadangan akan dibawa ke mesyuarat JK PIBG sebelum keputusan muktamad dicapai. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Monday, April 20, 2009

SUMBANGAN KEPADA TSH KKB

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu kempen kutipan 50sen sehari dan berjaya mengumpulkan RM205.00 untuk disumbangkan kepada Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu. Majlis penyerahan cek telah disampaikan kepada Timbalan Pengetua taman tersebut semasa perhimpunan pagi hari ini. Dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatan warga SM3KB menjalankan kempen seperti ini. Walaupun sumbangannya nampak kecil tetapi besar erti kepada penghuni TSH yang senantiasa mengharapkan sokongan dan kerjasama pihak awam untuk memastikan kebajikan anak-anak di TSH terjaga dengan baik. Syabas kepada yang telah menyumbang dan kempen seperti ini patut diteruskan dari semasa ke semasa.

Saturday, April 18, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Maklumat lanjut di http://www.pksm3kb.blogspot.com/

Friday, April 17, 2009

Program Efac

Program EFAC untuk tingkatan 1 dan 2 sedang berlangsung di dua lokasi yang berlainan dalam kawasan sekolah. Butiran lengkap menyusul

Monday, April 13, 2009

MAXIS CYBERKIDS CAMP




Hari ini 13/04/09 hingga esok 14/04/09 bertempat di Hotel Grand Seasons KL, satu majlis taklimat Maxis Cyberkids 2009 sedang berlangsung. Majlis ini dihadiri oleh Pn Pengetua bersama GPB. Pelbagai aktiviti telah diatur pihak penganjur. Yang pasti sekembalinya ke sekolah, ada tugasan yang perlu diselesaikan menjelang bulan Jum 2009. Daerah Hulu Selangor diwakili 7 sekolah dan melibat sekolah dari seluruh negara. Ada pertandingan yang perlu kita sertai. SM3KB mesti menang!!!

Saturday, April 11, 2009

2 PROGRAM SERENTAK

Hari ini Sabtu...hari persekolah mengganti cuti hari raya tahun 2009 berjalan lancar. Dalam masa yang sama pelajar tingkatan 2 menjalankan program Insan Rabbani dan pelajar tingkatan 3 menjalankan program EFAC. Program Insan Rabbani untuk pelajar Islam dijalankan di Dewan Bestari dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Sementara itu pelajar lain dilibatkan dengan program Moral. Program EFAC dijalankan di Dewan Gemilang Asrama SM3KB dan berakhir pada jam 1.10 petang. Gambar-gambar peristiwa akan menyusul.

Thursday, April 9, 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI 1/2009

Taklimat dijadualkan akan berlangsung pada hari ini Khamis 9 April bermula jam 2.30 petang di bilik mesyuarat SM3KB. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pn Pengetua yang baru dan akan dihadiri oleh semua guru SM3KB bagi mendapatkan input terkini berhubung status Sekolah Bestari Perdana dan program perluasan Sekolah Bestari. Sebelum taklimat bermula, semua yang hadir telah mengisi borang kompentensi ICT 2009. Hasil taklimat satu persetujuan bersama telah dicapai antaranya:
1. Semua warga sekolah perlu ada email: guru sebelum 20 April 2009/ pelajar 30 Jun 2009
Senarai email pelajar perlu ditampal di papan kenyataan kelas.
2. Semua unit pengurusan perlu ada blog sebelum 15 Jun 2009. Alamat email dan blog hendaklah ditampalkan di papan kenyataan unit masing-masing.
3. Semua unit pengurusan perlu ada brosur sebelum 30 April - template akan diletakkan di folder D: server BGPC04/BROSUR.
4. Penggunan EDUWEBTV dan THINKQUEST.ORG akan dikursuskan dalam bulan Mei.
Sebarang keraguan atau kemusykilan, boleh hubungi GPB atau tinggalkan comment di sini.

Monday, April 6, 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Majlis ini akan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar SM3BK dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akadmik sepanjang tahun 2008. Majlis akan diadakan pada Hari Sabtu bertarikh 18 April 2009 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Kompleks Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Semua pelajar yang berjaya bersama ibubapa masing-masing dijemput hadir ke majlis ini. Surat jemputan akan menyusul.

Friday, April 3, 2009

MESYURAT PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI

Mesyuarat pengurusan Sekolah Bestari yang akan melibatkan semua guru dijadualkan akan berlangsung seperti butiran berikut :
HARI : KHAMIS
TARIKH : 9 APRIL 2009
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
Kehadiran dimestikan. Surat edaran akan menyusul. Harap maklum.

Jadual Kelas Ganti

Berikut adalah tarikh-tarikh hari persekolahan (Hari Sabtu) menggantikan hari cuti yang akan diambil sempena sambutan Hari Raya dan perayaan Deepavali -
11 April 2009 - Jadual hari Khamis
27 Jun 2009 - Jadual hari Jumaat
15 Ogos 2009 - Jadual hari Isnin