Saturday, October 25, 2008

KARNIVAL PERPADUAN KELAB RUKUN NEGARA

Karnival Perpaduan Kelab Rukun Negara peringkat Negeri Selangor 2008 telah berlangsung pada 25 Oktober 2008 bertempat di SM Teknik, Klang. Karnival anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrsi Nasional Negeri Selangor dengan kerjasama erat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi dengan Senam Paduria dan diikuti pelbagai acara padang berupa pertandingan Futsal, Bola Jaring, Frisbee dan Sukan Rakyat seperti Konda-kondi, Baling slipar, Teng-teng, Batu Seremban, Congkak dan Sepak Raga bulatan. Pada sebelah petang dijalankan Pertandingan Pidato Kenegaraan sebelum majlis ucapan perasmian penutupan dan penyampaian hadiah. SM3KB telah mewakilkan 2 orang peserta pidato iaitu Teh Shuen Chyi dan Wong Oi Shen. Selain mendapat kawan baru dan pengalaman baru, wakil kita Teh Sheun Chyi telah berjaya mengalahkan 3 orang peserta Melayu yang lain dan berjaya mendapat tempat kedua dalam karnival ini dengan membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM270.00.Syabas dan tahniah!

Tuesday, October 14, 2008

TAKZIAH

AL-FATIHAH
Dukacita dimaklumkan bahawa Tn Hj Manap bin Jarkasi (Pengetua Kanan SM3KB) telah kehilangan anak perempuan kesayanganya Allahyarhamah Nurul Hidayah bt Siti Aisyah pada hari Sabtu 11 Syawal 1429 Hijrah bersamaan 11 Oktober 2008. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. -Amin

Monday, October 13, 2008

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Kepada semua calon-calon PMR 2008, warga SM3KB mengucapkan Selamat Menduduki PMR semoga beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan ibubapa, guru dan kekawan semua. AMIN!

Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS SEMPENA PMR,SPM &STPM

Dua majlis yang berasingan akan dilangsungkan pada 9 Oktober 2008 Hari Khamis sempena meraikan calon-calon PMR, SPM dan STPM sekolah ini.
Pada sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi Majlis Restu Ilmu akan dijalankan di Dewan sekolah khusus untuk calon-calon PMR yang akan menduduki peperiksaan pada 13-17 Oktober 2008. Sementara itu pada hari dan tarikh yang sama, selepas solat maghrib, majlis bacaan Yassin dan solat hajat akan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah KKB. Semua pelajar Islam, ibubapa dan warga SM3KB dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut sambil menunjukkan sokongan kepada calon-calon peperiksaan tahun 2008 semoga beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan, InsyaAllah.