Sunday, September 28, 2008

Kelas Projek Khas

Satu sesi aktivti Kelas Projek Khas (KPK) tingkatan 1 berkaitan mata pelajaran goegrafi telah diadakan pada Hari Rabu 23 September 2008 yang dikendalikan oleh Ketua Bidang Kemanusiaan Pn Zalita bt Osman yang juga seorang guru mata pelajaran Geografi. Sedutan perjalanan aktiviti boleh ditonton di sini :

Tuesday, September 23, 2008

Bantuan Yayasan Selangor



Sebentar tadi wakil Yayasan Selangor telah berkunjung ke SM3KB menziarah pelajar bawah seliaan Yayasan Selangor sambil menghulukan bantuan 'duit raya' bagi meringankan beban mereka dalam golongan yatim piatu. Sumbangan disampaikan oleh Pengetua Kanan disaksikan Pn.Jamiah wakil Yayasan Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Yayasan Selangor atas keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Saturday, September 20, 2008

ALUMNI SM3KB


Untuk mencari rakan-rakan lama, guru-guru lama atau mantan pengetua SMK Kuala Kubu Bharu, sila layari http://www.alumnism3kb.blogspot.com/


Thursday, September 18, 2008

SYABAS.. F1


Kelab F1 SM3KB kini mendapat perhatian dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) apabila Hj Mohd Yunus, Pen Pengurus Besar telah sudi untuk bertandang ke sekolah pagi 16 September 2008 sambil menghulurkan sumbangan. SYABAS merasa amat bangga dengan kebolehan dan pencapaian Kelab F1 sekolah ini dan menunjukkan sokongan dengan sumbangan yang dihulurkan agar dapat memantapkan lagi kelab ini untuk persediaan tahun 2009. Pihak sekolah pula menaruh harapan yang tinggi kepada Pengurus Besar SYABAS agar sudi menjadikan penaja Kelab F1 SM3KB dalam penyertaan perlumbaan tahun-tahun akan datang.

Bekas pelajar 2005....

Sedutan dari http://alumnismkkkb.blogspot.com/ .......

SAYA MENYAMPAIKAN HASRAT DAN HARAPAN DARI SITI SHAKINA HASANUDDIN, PELAJAR TINGKATAN 5 - 2005. BESAR BENAR HAJATNYA UNTUK BERJUMPA SEMULA DALAM SATU MAJLIS. UNTUK MEMENUHI HARAPANNYA ITU, SAYA BERHARAP ANDA SEMUA DAPAT MENGHUBUNGI SAYA DENGAN RESPON KE EMAIL SAYA: noradabirosdi@gmail.com . SAYA AKAN KUMPULKAN SEMUA MAKLUMAT ANDA DAN SETERUSNYA MEMAKLUMKAN KEPADA SITI SHAKINA. JADINYA, WAHAI ANAK-ANAKKU PELAJAR TINGKATAN LIMA 2005 SMKKKB, SUDI APALAH KIRANYA RESPON LAMAN INI, DAN PALING PASTI BERITAHULAH RAKAN-RAKAN, INGAT: SMK KKB....

Monday, September 15, 2008

Ada Apa 18 Oktober 2008?

Apa lagi kalau bukan sambutan HARI RAYA. Majlis ini anjuran Alumni SMKKKB. JK Penganjur mengambil kesempatan ini menjemput semua bekas pelajar dan bekas guru sekolah ini (termasuk guru-guru yang sedang mengajar di SM3KB) untuk memeriahkan majlis yang akan bermula mulai 7.30 mlm bertempat di Padang sekolah. MAJLIS HARI RAYA ALUMNI SMKKKB dijangka akan dirasmikan oleh bekas pelajar SMKKB kini berjawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Hakim Borhan. Datanglah beramai-ramai mengeratkan semula hubungan yang terputus sambil mengukuhkan tali siratulrahim sesama kita.

Saturday, September 13, 2008

SM3KB dalam peta dunia

Nama SM3KB kini boleh dilihat dari angkasa lepas melalui satelit seperti gambar berikut: Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas download perisian google earth dan search Selangor. Cuba lah!...

Friday, September 5, 2008

PROGRAM LATIHAN PERALATAN ICT PPSMI FASA VI

Pihak PPD Hulu Selangor telah memilih SM3KB sebagai lokasi latihan yang akan bermula pada 15 - 26 September dan 8-10 Oktober yang melibatkan seramai 26 orang guru-guru sekolah menengah dan rendah daerah ini yang baru menerima peralatan ICT PPSMI Fasa VI. Atas maksud itu, latihan akan dijalankan di Makmal ICTL dan penggunaan makmal bestari oleh guru-guru seperti yang telah dijadualkan adalah dibatalkan untuk tempoh berkenaan untuk memberi laluan kepada kelas-kelas ICTL.

Wednesday, September 3, 2008

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Hari ini warga SM3KB mengalu-alukan kehadiran Sdr.Mohd Sofian bin Ismail Juruteknik Komputer yang baru melaporkan diri bertugas di sekolah ini setelah masuk 9 bulan tanpa JTK (macam mengandung pulak dah!) . Turut dialu-alukan kemasukan staf baru Pn Roslinda bt Lajim mengantikan Pn Asfalela yang telah berpindah ke Putrajaya. Kepada mereka berdua SELAMAT BERTUGAS DI SM3KB Bestari Perdana.

SAMBUTAN HARI MERDEKA MERIAH


Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 peringkat sekolah telah berlangsung pada hari Jumaat 29 Ogos 2008 dengan meriah sekali. Tema tahun ini PERPADUAN TERAS KEJAYAAN digambarkan melalui pelbagai acara yang diatur dengan penyertaan semua kaum warga SM3KB. Maklumat lanjut sila klik pautan KETUA BIDANG KEMANUSIAAN ----->