Thursday, July 31, 2008

HARI KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM 2008



Hari Kecemerlangan Ko-kurikulum 2008 telah berlangsung pada Hari Selasa 29 Julai 2008. Majlis disempurnakan oleh DSP Bakhtiar (Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Pelbagai acara telah dijalankan di padang dan dewan sekolah. Gerai-gerai jualan makan dan pameran dari agensi kerajaan seperti Bomba & Penyelamat, AADK, Kementerian Kesihatan & PDRM.

MAJLIS PERSARAAN


Majlis persaraan Pn Hjh.Norhaiti bt Belal, Peg Tadbir Kewangan, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bercampur kesedihan. Setelah berkhidmat selama 27 tahun, beliau mengambil keputusan bersara awal untuk menjaga kedua ibubapa yang uzur serta menguruskan rumahtangga dengan lebih sempurna. Diucapkan SELAMAT BERSARA !

Monday, July 28, 2008

PerSTAR 08


Pertandingan Sukan Teras Antara Rumah sukan (PerSTAR) telah dilancarkan hari ini Isnin 28 Julai 2008 di padang sekolah oleh Pengetua Kanan dengan sepak mula yang menakjubkan. Aktiviti ini akan berlangsung pada 28, 29 & 31 Julai 2008 adalah anjuran Pelajar Praktikum UPSI dikelolakan oleh Sdr.Shakiran bin Ismail yang bertindak selaku Pengarah Program. Antara acara yang akan dijalankan adalah pertandingan FUTSAL, BOLA JARING, BOLA BALING dan BOLA TAMPAR. Semua acara dijadualkan bermula jam 3.00 ptg.


Sunday, July 27, 2008

MALAM MESRA MUHIBAH 2008

Majlis MMM 08 telah berlangsung pada 26 Julai 2008 bertempat di Dewan Serbaguna SJK(C) Batang Kali, Hulu Selangor. Pelbagai acara tarian dari semua kaum dipersembahkan dalam masa 2 jam bermula 7.30 hingga 9.30 mlm. Wakil SMKKKB ialah kumpulan dikir barat yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin atas persembahan yang sungguh bersemangat.


Program yang sangat menarik ini diselenggarkan oleh sebuah persatuan Sokka Gakkai Malaysia (SGM) yang mengabungkan semua peringkat umur dan lapisan masyarakat kaum Cina di Malaysia. Pihak berkenaan juga merakamkan penghargaan kepada Cikgu Nurul Suhaida kerana turut menyumbangkan idea kereografi pada malam tersebut.


Saturday, July 26, 2008

Ceramah Mencegah Kebakaran

Ceramah mencegah kebakaran telah diadakan pada Hari Rabu bertarikh 23 Julai 2008. Mendengar ceramah yang disampaikan oleh En.Anuar Suriram bin Abdullah, pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba & Penyelamat KKB. Intisari ceramah adalah :
1. Guru perlu mengutamakan keselamatan pelajar dahulu daripada diri sendiri. 2. Laluan keluar jangan dihalang oleh sebarang objek.

3. Pelajar OKU diberi keutamaan diikuti guru mengandung.

4. Alat pemadam api dan hos rel perlu diselenggara dengan baik dan berfungsi.

5. Kereta guru ditempat letak kereta jangan menghalang laluan kereta bomba masuk ke premis.

6. Di rumah juga perlu ada sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api.

Ceramah berlangsung dalam suasana mesra dan wujud interaksi dua hala memeriahkan lagi majlis ceramah yang terpaksa berakhir pada jam 3.15 petang.

Wednesday, July 23, 2008

PROGRAM KLINIK SENI GRAFITI





Satu program khas yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan semangat teruja para pelajar Sm3KB. Program Klinik Seni Grafiti merupakan projek rintis Kementerian Belia dan Sukan di sekolah yang telah menjadi Sekolah Angkat PBSD HS. Penyelaras program Cik Herni Ayu bt Mohd Shukri dibantu oleh En Zamzuri Iskandar bin Alphazali dan En Mohd Afiq bin Mazly telah mendapatkan khidmat nasihat dan tunjukajar syarikat PhobiaKlik Design bagi menjayakan program ini. Pelatih dari syarikat Sdr Mohd Nazri bin Amran dan Sdr Mohd Shahqir bin Zulkifli telah menunjukkan cara seni grafiti atau sebelum ini dicop sebagai contengan dinding. Demonstrasi yang telah ditunjukkan kepada seramai 20 orang pelajar Ting 6 Bawah telah menaikkan semangat mereka untuk bergiat dalam bidang seni lukis memberi lonjakan idea kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual -Cik Zuraidah dan En Mohd Azmi - untuk menghiasa seluruh bangunan sekolah dengan lukisan grafiti ini.

Monday, July 21, 2008

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG

Majlis Makan Malam Amal PIBG bagi tahun 2008 akan berlangsung pada 9 Ogos 2008 bertempat di DEWAN SERBAGUNA KKB. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula jam 8.00 malam. Pihak penganjur masih mengalu-alukan penyertaan bekas-bekas pelajar SM3KB atau badan-badan korporat untuk menyertai program mulia ini. Tujuan utama majlis adalah untuk menambah dana PIBG dan mempertemukan bekas-bekas guru dan pelajar SM3KB. Maklumat lanjut berkaitan majlis di www.pibgsm3kb.blogspot.com

Saturday, July 19, 2008

MESYUARAT GURU KALI KE 2

Mesyuarat guru SM3KB kali ke 2 telah berlangsung dengan lancarnya pada hari Sabtu 19hb Julai 2008. Mesyuarat bermula pada pukul 8.00 hingga 12.30 tgh. Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk kecemerlangan pelajar sekolah ini.

Friday, July 4, 2008

HARI PENYERAHAN LAPORAN AKADEMIK 2008




Program Hari Penyerahan Kad Laporan Akademik kepada ibubapa bagi separuh tahun 2008 telah berlangsung pada Hari Jumaat bersamaan 4 Julai 2008. Sambuatan menggalakkan daripada ibubapa pelajar SM3KB yang prihatin dengan kemajuan anak-anak mereka amat memberangsangkan warga kerja SM3KB. Pengetua Kanan serta tenaga pendidik mengalu-alukan kehadiran ibubapa serta penjaga anak didik sekolah ini dan mendoakan kejayaan mereka semua.