Thursday, June 26, 2008

Mesyuarat Pengurusan Akademik Negeri Selangor

Satu mesyuarat JK Pengurusan Akademik Negeri Selangor telah diadakan di Bilik Mesyuarat SM3KB selama 2 hari mulai 26-27 Jun 2008. Mesyuarat pada 26 Jun 2008 adalah mesyuarat KPP Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bersama Pen Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri Selangor. Seterusnya pada 27 Jun 2008 mesyuarat akan dipengerusikan oleh Ketua Sektor Akademik JPNS bersama pengetua-pengetua sekolah daerah Hulu Selangor. Kepada yang terlibat diucapkan SELAMAT BERMESYUARAT.

Wednesday, June 25, 2008

Majlis Perkahwinan di Dewan Bestari



Satu majlis perkahwinan telah berlangsung di Dewan Bestari SM3KB tengah hari tadi. Perkahwinan antara Pn Asfalela M.Nazir (Staf SM3KB) dengan En Hishamudin bin Abdullah disambut meriah oleh semua staf dan ahli keluarga kedua-dua pengantin. Majlis bertambah serinya dengan Pengetua Kanan Tn Hj Manap bin Jarkasi turut menjadi pengapit kepada pengantin lelaki dari mula hingga akhir majlis berlangsung. Hidangan yang disediakan amat enak sekali dengan pelbagai pilihan menu sesuai dengan selera hadirin. SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada kedua mempelai.

Tuesday, June 24, 2008

PROGRAM KESEJADAH


Satu program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (KESEJADAH) peringkat Negeri Selangor 2008 sedang berlangsung di beberapa sekolah dalam Daerah Hulu Selangor. SM3KB menjadi venue untuk pertandingan nasyid (Menengah) yang akan bermula pada jam 9.00 pagi. Maklumat seterusnya dan gambar-gambar akan menyusul kemudian.

Thursday, June 19, 2008

LAWATAN X-SM3KBian




Sekumpulan bekas pelajar SMKKKB tahun 1968 telah membuat lawatan ke sekolah lama mereka. Pengetua Kanan Tn Hj Manap bin Jarkasi amat gembira dengan kehadiran mereka. Pelbagai kenangan semasa bersekolah di sini menjadi cerita-cerita menarik perbualan mereka selama berada di sini. Warga SM3KB amat berbesar hati atas kehadiran mereka dan berharap lebih ramai bekas pelajar SMKKKB sudi untuk melawat sekolah ini dan menjadi harapan untuk menubuhkan alumi SM3KB.

Tuesday, June 17, 2008

GURU BARU di SM3KB

Warga Sm3KB mengalu-alukan kehadiran 4 orang guru baru dan seorang CC (Pn Norhaini bt Mohd Noor) iaitu :
1. Pn Tan Hun Ni
2. Pn Sofiah bt Omar Ali
3. Pn Syamsiah bt Mokhtar (mulai Julai 2008)
4. Pn Sujatha a/p Veeriah (mulai Julai 2008)

Warga sekolah turut mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru kepada En Taufek bin Abd Salam kerana telah berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor mulai 16 Jun 2008.

Monday, June 16, 2008

DAFTAR SMSSEKOLAH

Kepada semua warga SM3KB diminta untuk mendaftar semula nombor telefon melalui SMS dengan menaip REG MOE dan hantar ke 32020. Jika tidak mendapat jawapan balas, telah menukar nombor baru atau guru baru, sila berjumpa GPB untuk mengisi semula borang.
Kepada ibubapa pelajar SM3KB boleh daftar dengan menaip REG SMSSEKOLAH dan hantar ke 32020.
Marilah menggunakan kemudahanan perhubungan yang disediakan oleh KPM agar maklumat dapat sampai dengan cepat dan tepat. Terima kasih.
Pesanan ikhlas dari Pengetua Kanan SM3KB.

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DI SEKOLAH

Merujuk surat pekeliling JPNS/SPP/MAK/A25092/05/09/(11) berhubung perkara di atas, semua warga sekolah diminta mematuhi perkara-perkara berikut untuk mengelakkan capaian menjadi "lembap" :
i. Elakkan layari laman web yang tiada kaitan dengan tugas harian.
ii. Dilarang muatturun perisian berbentuk hiburan dan permainan.
iii. Dilarang 'chatting'
iv. Elakkan daripada 'minimize' page tetapi hendaklah keluar dari laman selepas selesai.
Semua ini dilakukan pada waktu pejabat dan mengakibatkan kesesakan kepada laluan dan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer untuk mencapai sistem 'online' yang dibekalkan oleh KPM.
Kerjasama semua warga SM3KB amat diharapkan dan dihargai sepenuhnya.
Pesanan khas dari Pengetua Kanan SM3KB atas arahan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.