Monday, April 28, 2008

Peperiksaan !/2 tahun

Peperiksaan pertengahan tahun 2008 akan bermula dari 7 -23 Mei secara berperingkat-peringkat. Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada semua pelajar untuk persediaan menghadapi peperiksaan ini.
Untuk Tingkatan 6 Atas - peperiksaan bermula pada 5 hingga 23 Mei 2008
Untuk Tingkatan 5 - peperiksaan bermula pada 6 Mei hingga 23 Mei 2008
Untuk tingkatan 4 - peperiksaan bermula pada 7 Mei hingga 23 mei 2008
Untuk tingkatan 3 - peperiksaan bermula pada 12 Mei hingga 23 Mei 2008
Untuk tingkatan 1 & 2 - peperiksaan bermula pada 13 mei hingga 23 mei 2008

Kepada ibubapa diharap akan menberi dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka agar bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan ini semoga mencapai kecemerlangan bermula dari sekarang. Kepada para pelajar, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

PELANCARAN KELAB F1

Kelab F! SM3kb telah dilancarkan dengan rasminya pada hari ini Isnin 28 April 2008 dalam satu perhimpunan pagi jam 8.20 pagi. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan berjaya menyertai perlumbaan hingga ke peringkat Kebangsaan. Selepas berjaya menempa nama di peringkat Negeri Selangor, Kelab F1 SM3KB sudah menrasa yakin untuk meneruskan usaha-usaha mereka bagi mencapai matlamat menjadi nombor 1 negara pada tahun-tahun akan datang. Syabas kepada mereka yang telah melibatkan diri menjayakan program ini disamping menimba ilmu pengetahuan di luar bilik darjah sambil menambah pengalaman dalam bidang teknologi tinggi spt F1 ini.

Saturday, April 26, 2008

AKTIVITI SABTU 26 APRIL

Beberapa aktivti telah dijalankan pada hari Sabtu 26 April 2008 dari awal pagi hingga ke petang. Antaranya
1. Program Sehari Bersama Alam Sekitar untuk pelajar tingkatan 3 anjuran Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan bersempena Bulan Pusat Sumber Munsyi Abdullah SM3KB. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar 3 Siber bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgh. Perjalanan program dipantau oleh Pn Afidahsuzani selaku Penasihat dengan bantuan guru-guru PSK.

2. Program Kem Remaja Rabbani untuk pelajar Islam ting 1 & 2 anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam. Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Program ini dikendalikan oleh AJK Pelaksana dengan bantuan PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK DAN SAHSIAH ISLAM (PAKSI)

3. Kursus Dalaman untuk Panitia Sejarah, Mateamtik dan Bahasa Inggeris berjalan serentak anjuran Panitia masing-masing di 3 lokasi berlainan. Kursus guru Sejarah berlangsung di Bilik APD, Kursus guru-guru matematik berlangsung di Bilik Mesyuarat dan Kursus guru-guru Bahasa Inggeris berlangsung di Bilik Pengurusan.
Semua program yang dirancangkan berjalan lancar dengan penuh rasa kegembiraan kepada semua yang terlibat.

Thursday, April 24, 2008

KURSUS ICT 26 APRIL 2008

Sekali lagi kami memohon maaf kerana kursus yang dijadualkan pada hari Sabtu 26 April 2008 tidak dapat dijalankan. Talian internet sedang mengalami masalah sejak seminggu yang lalu. Pemasangan server baru dan peralatan schoolnet telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan talian. Tambahan kepada masalah itu hanya seramai 5 orang memohon untuk menyertai kursus ini. Kepada ibubapa yang telah memohon untuk mengikuti kursus ini, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sekiranya kursus dijalankan pada waktu lain, anda akan dijemput semula.

Friday, April 18, 2008

ZOOM IN bersama Kebudayaan

Aktiviti tahunan Kelab Kebudayaan, Kesenian & Warisan SM3KB akan mengadakan sekali lagi acara-acara persembahan pentas oleh ahli-ahli kelab ini dengan nama ZOOM IN bersama KEBUDAYAAN. Acara akan bermula jam 3.00 petang hari Rabu 23 April 2008. Oleh kerana acara ini agak ekskusif, bayaran masuk adalah RM1.00 seorang. Kaunter jualan tiker sudah dibuka dan tiket-tiket telah dijual seperti pisang goreng panas. Jangan lepaskan peluang menyaksikan rakan-rakan anda beraksi di pentas utama Dewan Bestari SM3KB.

Monday, April 7, 2008

TAK JADI JALANKAN KURSUS

Kursus yang dijadualkan pada 5hb April tidak dapat dijalankan kerana tiada peserta yang mendaftarkan diri. Hebahan telah dibuat semasa mesyuarat agung pibg pada 23 Februari 2008. Sekali lagi pihak urusetia telah maklumkan semasa mesyuarat AJK PIBG. Kali terakhir semasa pelancaran Bulan ICT pada 31 Mac 2008. Malangnya masih tiada sambutan. Mungkin ramai tidak faham kaedah menjalankan kursus. Tak pe la! Ada peluang sekali lagi pada 26 April 2008. Harap kepada yang berminat nak mengikuti kursus ini akan segera sms ke 013-6022095 (Cikgu Syed) untuk pengesahan. Daftar awal ni penting sebab pesanan makan minum perlu dibuat awal. Harap kali ni kursus berjaya dijalankan.