Friday, July 27, 2007

Pemantauan MDEC

Prof Khalid mewakili MDEC telah sekali lagi hadir ke sekolah untuk memberi panduan kepada guru-guru yang terlibat dalam memastikan SMKKKB mendapat 5 bintang penarafan MDEC ke atas 47 sekolah bestari Malaysia. Mulai bulan Julai ini, semua guru berkenaan akan mengisi borang KPI (Key Performance Indicator) untuk 3 bulan berturut-turut. Penarafan akan dibuat lebih awal dari jangkaan sebelum ini iaitu penghujung tahun 2007 kepada akhir bulan September 2007. Semoga berjaya!

Ganti Cuti Hari Raya

Esok 28 Julai 2007 adalah hari persekolahan menggantikan Cuti Hari Raya. Semua pelajar dan guru akan bersekolah menggunakan jadual hari Jumaat. Hari persekolahan hari Sabtu ini adalah yang terakhir. Selepas ini tidak ada lagi persekolahan hari Sabtu.

Thursday, July 19, 2007

PROGRAM KEM REMAJA RABBANI

Program ini akan diadakan di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan ini adalah khusus untuk pelajar Islam tingkatan 5 & 6 Atas bermula hari Jumaat 20hb Julai hingga hari Ahad 22 Julai 2007. Program ini akan dikendalikan oleh PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK & SAKSIAH ISLAM (PAKSI). Semua ibubapa pelajar terlibat turut dijemput hadir pada hari Ahad 210707 jam 9.00 pagi untuk bersama mengikuti slot MOTIVASI KELUARGA sebelum membawa anak-anak masing-masing pulang ke rumah. Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat dan siapsiaga pelajar menghadapi peperiksaan SPM & STPM yang akan menjelang tiba.

Pemantauan oleh KPM


SMKKKB telah dilawati wakil dari PPD, JPNSDE dan Bahagian Sekolah KPM pada hari Rabu 18 Julai 2007 bertujuan meninjau pengurusan akademik sekolah. Rombongan dilayan oleh PK1 dari jam 9.00pagi hingga lewat 2.00 ptg. Rombongan terdiri daripada Dr.Madsnliyah Bt Md Jaafar (Bahagian Sekolah KPM), En Dolbaser bin Kasan (JPNSDE) dan En Rozali Mazlan (PPD).

Ujian Penilaian Kali ke 2

Pelajar semua tingkatan telah menjalani Ujian Penilaian Bulanan kali kedua bermula 17hb-19hb Julai 2007. Selama 3 hari ujian ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Tahniah kepada JK Peperiksaan di bawah kelolaan Pn.Siti Noor yang telah menguruskan urusan peperiksaan dalaman dengan begitu baik sekali.

Saturday, July 14, 2007

PROGRAM MOTIVASI & PEMANTAPAN AKADEMIK PELAJAR PMR,SPM,STPM ASRAMA


Satu program motivasi sedang dijalankan bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Program adalah anjuran Pengurusan Asrama SMKKKB dan berlangsung dari 14 - 16 Julai 2007. Program diselenggarakan oleh BUKIT TINGGI BUSINESS MANAGEMENT,KLANG. Slot pertama malam pertama disampaikan oleh CR Tn Hj Hushim Hj Salleh - seorang kaunselor berdaftar/ motivator/ dan juga merupakan Pengarah Urusan BTBM. Program disertai oleh 47 orang pelajar tingkatan 3,5 & 6Atas. Kepada pelajar-pelajar yang terlibat diharapkan akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang akan menjelang tiba.